“Diam-Diam Dah Sampai Tanah Suci,” – Tak Heboh Di Media Sosial, Izara Aisyah Tunai Umrah Dengan Suami

Baru sahaja berkongsi berita gembira apabila disahkan hamil selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Izara Aisyah, 27, telah berangkat ke tanah suci bagi menunaikan umrah.

Meski tidak menghebahkan mengenai perkara itu, pelakon dan penyanyi, Lufya Omar yang turut berada di Mekah bagi tujuan sama telah pun bersua dengan bintang berkenaan dan mereka kemudiannya turut merakam foto bersama.

Sambil memuji penampilan bintang drama Ombak Rindu The Series terbabit, pertemuan mereka turut dikongsikan oleh ibu beranak satu itu menerusi entri terkininya di Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Look who’s here in Medina ❤. Mummy to be @izaraaishahofficial la.. Masyallah cantik preggy mummy ni walau mengandung 6 bulan. Nampak macam tak mengandung kan?. Fya mengandung 6 bulan nak masuk pintu pun tak muat 🤣 . U ols agak la anak die girl ke boy? #mummytobe #medina #masjidnabawi #holyplace #love #saudiarabia

A post shared by Lufya (@lufyalaana) on

“Look who’s here in Medina. Mummy to be @izaraaishahofficial la. Masyallah cantik preggy mummy ni walau mengandung 6 bulan.

“Nampak macam tak mengandung kan? Fya mengandung 6 bulan nak masuk pintu pun tak muat. U ols agak la anak die girl ke boy?,” tulisnya di ruangan kaspyen lalu mendapat komen pelbagai dari para peminat.

Rata-ratanya memuji penampilan keduanya selain yang mendoakan agar mereka terus istiqamah.

Pada masa sama, ada juga peminat yang memuji Izara kerana berangkat ke tanah suci dalam diam, tidak berkongsi di media sosial. Difahamkan, turut sama menemaninya ialah ialah suami tersayang.

Semoga ibadah keduanya dipermudahkan dan mendapat umrah mabrur.

Terdahulu, Izara melangsungkan perkahwinan dengan anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Adib Khalid lebih tiga tahun lalu dan pasangan ini bakal menimang cahaya mata April depan.

Foto: Instagram Lufya Omar, Izara Aisyah

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : MH via applehijau

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Diam-Diam Dah Sampai Tanah Suci,” – Tak Heboh Di Media Sosial, Izara Aisyah Tunai Umrah Dengan Suami"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*