“Jangan Jadi M4ngsa Dan Jangan Buang Orang” – Sharifah Sakinah Dedah Sesuatu Tentang Balqis Yang Ramai Tak Tahu

PELAKON Sharifah Sakinah berkongsi kenangan ketika dia bersama rakan-rakan selebriti mengadakan jualan barangan terpakai bagi membantu pelakon Puteri Balqis.

Sakinah, 31, berkata ketika itu dia berasa seronok menjual barang milik pengarah Michael Ang sehingga sanggup terbaring di kaki lima.

Adik kepada penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah ini juga memberi nasihat secara umum agar tidak menjadikan sesuatu mas4lah itu sebagai penghalang untuk melakukan sesuatu.

Sakinah turut memuat naik foto dia sedang terbaring.

“Seronok masa ini jual barang @michaelang38 untuk kutipan derma @rockingbalqis. Sampai terbaring di kaki lima.

“Kebahagian memerlukan perjuangan. Ia wujud dari masalah, ujian itu datang dengan pelbagai cara.

“Jika anda berdepan dengan m4salah, jangan jadi m4ngsa, jangan bu4ng orang dan berbuat baik dengan orang lain.

 

Kebahagian memerlukan perjuangan. Ia wujud dari masalah, ujian itu datang dengan pelbagai cara.

SHARIFAH SAKINAH

PELAKON

“Lakukan sesuatu, semua jawapan akan mengikuti,” tulis Sakinah di laman Instagramnya pada Rabu.

Rata-rata netizen memuji sikap Sakinah dan rakan-rakan selebriti yang ingin membantu meringankan beban Balqis, 13.

Selain Sakinah, pelakon Nabila Huda dan Jihan Muse antara selebriti yang turut serta dalam acara amal mengutip derma untuk Balqis itu pada dua tahun lalu.

Sakinah bersama Puteri Balqis.

Nabila pernah memberitahu hasil daripada jualan tersebut mereka berjaya mengumpul RM2,500 dan sudah diserahkan kepada Balqis secara berperingkat.

Kehidupan Puteri Balqis dilanda pelbagai dug4an sehingga pernah mengikat perut selama beberapa hari mengundang rasa s3bak penonton.

Kisah keper1tan hidup Balqis dan ibunya, Norashikin Mohd Aziz mula menjadi perbualan hangat selepas disiarkan dalam program Bersamamu (TV3) pada Ahad lalu.

Berikutan kesemp1tan hidup, Balqis, mula menjual buku puisi nukilannya, 38 Poems Of Puteri Balqis di jalanan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Jangan Jadi M4ngsa Dan Jangan Buang Orang” – Sharifah Sakinah Dedah Sesuatu Tentang Balqis Yang Ramai Tak Tahu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*