PU Abu Buka Suara Tentang Sp3kulasi Foto Wanita Tidak Bertudung Yang Did4kwa Kekasihnya

Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan men4fikan d4kwaan mengenai wujudnya kecvrangan dalam rumah tangganya selepas sekeping foto wanita tidak bertudung dikongsikan di Instagram isterinya, Hana Azraa.

PU Abu berkata, semua itu hanyalah satu bentuk sp3kulasi semata-mata sebagai satu cubaan untuk meng4ibkan pihak tertentu.

“Saya mengambil maklum berhubung berita yang v1ral semalam membabitkan diri saya dan isteri saya.

“Gambar yang tersebar tidak dapat dipastikan sumbernya kerana ia lebih bersifat cuba meng4ibkan seseorang.

“Hakikat yang sebenarnya, hal yang melibatkan kecvrangan tidak berlaku dan hanyalah salah faham,” jelasnya.

PU Abu berkongsi hal tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya sebentar tadi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalamualaikum dan salam tabaiyyun 🥰 Sy mengambil. Maklum berhubung berita yg viral semalam membabitkan diri saya dan isteri saya. Apa yang terviral adalah spekulasi semata2 dan tidak berdasarkan kenyataan yang sebenar.Gambar yang tersebar tidak dapat dipastikan sumbernya kerana ia lebih bersifat cuba mengaibkan seseorang. . Saya kini berada dan bertugas di Mekah dan akan balik ke Malaysia dalam sehari dua ini. Inshaa allah saya akan mengeluarkan kenyataan yang akan menjelaskan situasi sebenar berhubung berita viral tersebut. Harap rakan media boleh bersabar.Tetapi hakikat yang sebenarnye…hal yang melibatkan KECURANGAN tidak berlaku dan hanyalah salah faham. . Saya mohon agar pihak media tidak lagi menyiarkan atau membuat susulan berita sehingga saya mengeluarkan kenyataan sebenar (amalkan sikap bertabayyun yakni dapat kan dari sumber sebenar). Berita viral seumpama ini tidak wajar tersiarckerana ia melibatkan maruah dan emosi keluarga banyak pihak (saya dan sebelah keluarga isteri) yg mereka tidak mengetahui latar belakang sepenuhnya isu ini. Sekian terima kasih. Muhammad Abu Sufyan Mekah 26/1/2020 6.00 am

A post shared by Abu Sufyan Mokhtar (@_sufyanmokhtar) on

Katanya, dia akan menjelaskan situasi sebenar dalam masa terdekat sejurus kembali pulang dari Tanah Suci Makkah.

“Saya kini berada dan bertugas di Makkah dan akan balik ke Malaysia dalam sehari dua ini. 

“Insya-Allah saya akan mengeluarkan kenyataan yang akan menjelaskan situasi sebenar berhubung berita viral tersebut. Harap rakan media boleh bersabar,” tulisnya.

Terdahulu, Hana difahamkan memuat naik sekeping foto wanita tidak bertudung di Instagram miliknya.

Di ruangan kapsyen, individu tersebut dipercayai merupakan kekasih baru suaminya berdasarkan penggunaan hashtag #myhusbandlover.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian, entri berkenaan dipadam. 

Ekoran pendedahan isterinya itu, pelbagai spekulasi timbul termasuklah dakwaan mengatakan wanita tersebut mungkin bekas isteri pertamanya, Ain ‘Afini Latif.

sebelum ini, kisah rumah tangga pasangan tersebut pernah mendapat perhatian apabila dilaporkan berantakan.

Pasangan tersebut berkahwin pada Mei lalu dan mereka kini sedang menanti kelahiran anak sulung hasil perkongsian hidup bersama.

Menerusi perkahwinan pertamanya dengan Ain, PU Abu dikurniakan seorang bayi lelaki, Muhammad Adam Aysar pada 7 Jun tahun lalu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Apa komen anda?

Be the first to comment on "PU Abu Buka Suara Tentang Sp3kulasi Foto Wanita Tidak Bertudung Yang Did4kwa Kekasihnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*