Salah Ke Lelaki Tua Jodoh Perempuan Muda? – Abby Yus

“BERD0SAKAH kalau orang tua dan tak kacak macam saya berjodoh dengan orang muda dan cantik?”.

Itu luahan pelakon dan pelawak, Ebby Yus, 55, apabila foto ‘perkahwinan’ yang menunjukkan dia bersama pelakon dan penyanyi, Zizi Kirana lengkap dengan busana pengantin tular di media sosial 

Menurutnya, dia tidak m4rah apabila terbaca komen warganet mengatakan bahawa wanita muda tidak sepatutnya memilih lelaki tua sebagai pasangan.

Namun, dia tertanya-tanya, apakah seseorang sepertinya tidak layak untuk berjodoh dengan orang yang lebih muda dan cantik

“Saya tak mar4h dan tak kecewa. Saya maafkan semua kata warganet itu. Cumanya, adakah orang yang cantik itu, jodohnya hanya untuk mereka yang kacak dan muda?

“Semua yang berlaku adalah atas ketentuan Allah dan kita sebagai manusia tidak boleh menolak takdir sekiranya ia berlaku,” katanya kepada Harian Metro.

Menjelaskan mengenai foto yang tersebar itu, Ebby sendiri menerima pertanyaan daripada banyak pihak 

“Sejak semalam, telefon saya tidak henti berbunyi. Ada yang hubungi saya menerusi panggilan telefon, ada yang menghantar WhatsApp dan ada juga yang menghantar mesej di Instagram.

“Foto ini adalah foto yang diambil di set penggambaran program komedi Jenaka Kampung Kalut (JKK) yang disiarkan di TV3. Ia diambil atas permintaan penaja yang menaja pakaian serta pelamin untuk set itu.

“Jadi, apabila ia dimuat naik oleh saya dan beberapa rakan, ia mula tular. Saya pun padam foto itu di Instagram kerana tak mahu berlaku salah faham,” katanya.

Ebby juga menitipkan ucapan terima kasih buat peminat yang sentiasa mendoakan supaya dia ditemukan dengan jodoh baik.

“Kepada yang mendoakan, saya ucapkan terima kasih. Sebagai manusia, tentunya kita semua mahukan pengakhiran yang baik dalam hidup.

“Seandainya Allah sudah tetapkan bahawa penghujung hidup ada bersama wanita yang mengisi rumah tangga, saya terima,” katanya.

Terbaru, Ebby masih bersama produksi JKK dan terbabit dalam beberapa penggambaran bersama produksi yang menerbitkan program di YouTube.

Pelawak Ebby Yus Akui Ada Niat Di Hati Untuk Berkahwin. Tak Sangka Ini Kesulitan Yang Dihadapi Apabila Ebby Yus Jumpa Wanita Muda.

Isnin lalu, beliau muncul di program Currhat terbitan Astro Prima untuk membincangkan topik Gamophobia. Pelik bunyinya ya? Namun, secara ringkas ia membawa maksud orang yang takutkan pada komitmen perkahwinan. Gamo itu membawa maksud kahwin dan phobia adalah ketakutan pada sesuatu perasaan atau situasi. Inilah yang menyebabkan kebanyakan lelaki atau wanita terus memegang status ‘single’ sehingga digelar bujang terlajak dan andalusia. Adakah ia sesuatu yang perlu dirisaukan? Atau adakah ia hanya tanggapan sinis masyarakat dan budaya semata-mata?

Ebby Yus Punya Keinginan Untuk Kahwin. Saat soalan tidakkah abang Ebby berasa sunyi tidak berkahwin ditujukan kepada beliau? Abang Ebby hanya tersenyum dan tenang, seperti sudah biasa menerima pertanyaan seperti itu selama ini. Jujurnya, kata abang Ebby, sebagai manusia normal, mustahil untuk tidak punya keinginan seperti itu. Namun, tambah beliau perkahwinan itu bukan kuasa kita untuk merealisasikannya. 

Ia memerlukan persetujuan daripada dua pihak; lelaki dan perempuan. Jika terdapat kesulitan daripada salah satu pihak, ia pastinya sukar untuk meneruskan hajat di hati. Perkahwinan pula bukan untuk dihadap sehari dua, tetapi hingga ke akhir usia. Bukan mudah untuk dua insan berlainan sifat dan sikap untuk duduk serumah nanti. Jadi, keputusan yang diambil perlulah tidak tersalah langkah. 

Dan, jodoh dan perkahwinan ini juga kuasa daripada yang di atas sana. Kadang-kadang, kita sudah sampai ke penghujung persiapan, namun jika Tuhan itu katakan memag dia bukan jodoh kita, maka semuanya pasti tidak berjaya. Itu hukum Tuhan yang kita tidak boleh lawan dan harus redha menerimanya. Kita manusia biasa yang tidak punya kuasa untuk menentukan ‘esok aku mahu kahwin!’. 

Selalu Jumpa Wanita Muda Tapi Masalahnya. Abang Ebby turut berkongsi cerita bahawa sebelum ini beliau selalu juga berjumpa dan berkawan dengan wanita-wanita muda. Memang ada niat di hati untuk berkahwin, bukan setakat kawan-kawan sahaja. Masalahnya pula dengan gadis-gadis muda seperti itu agak ‘merengsekkan’. Menurut abang Ebby, “Kejap-kejap minta top up 10 ringgit, kejap-kejap call suruh tolong top up. Aduhai, boleh pening saya nak melayan. Hahahaha…” Ceritanya sambil disambut ketawa besar seisi studio. 

Nasihat abang Ebby lagi, seharusnya seorang lelaki yang sudah bersedia untuk berkahwin harus sudah bersedia juga dari segi kewangan. Dan apabila kedua-duanya sudah disatukan, maka layarilah rumah tangga itu dengan kerjasama dan perkongsian susah dan senang bersama-sama. Memangn seorang suami itu perlu menanggung semua kos kehidupan keluarga, namun tidak salah untuk seorangn isteri turut membantu. 

Ada Juga Terasa Apabila Melihat Orang Lain Berpasangan. Perasaan itu akan lebih menebal apabila pulang beraya di kampung halaman. Bertemu dengan kawan-kawan sekolah yang sebaya masing-masing dengan anak isteri, pasti perasaan tersentuh itu ada. “Mereka sebaya saya tapi sudah pun punya keluarga yang lengkap dan saya sampai  bila agaknya hidup begini?” Itu antara bisikan rasa hatinya yang acap kali dilafazkan sendirian. Bukanlah mengesali takdir cuma ia persoalan biasa mengenang diri.

Setiap orang punya bahagian mereka masing-masing. Kebahagian dan ujian yang berbeza. Mungkin mereka kelihatan bahagia dengan kehidupan berkeluarga tetapi kita tahu pula apa ujian lain yang mungkin lebih besar daripada kita yang hidup sebagai bujang terlajak ini? Jadi, kena positifkan balik diri ini.

Apabila S4kit, Terkenang Juga Nasib Diri. Dan, antara situasi yang akan lebih menjentik perasaan itu adalah apabila ditimpa dengan kes4kitan dan tidak berdaya untuk bergerak seperti biasa. Waktu itulah paling terasa dan terfikir sendiri, kalaulah ada itu dan ini… Tetapi itu kata kita. Kalau… “Hakikatnya, ada juga kawan-kawan saya punya isteri tetapi apabila terkena s4kit, isteri lari meninggalkannya. Dan, ini membutktikan tiada jaminan pasangan kita akan tetap setia bersama kita apabila kita jatuh s4kit nanti.” Apa pun, bersangka baiklah dengan semua ketentuan Allah itu. Kadang-kadang, sesuatu yang kita nampak negatif itu, sebenarnya ada sesuatu yang baik yang kita tidak nampak. 

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber  : Metro

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Salah Ke Lelaki Tua Jodoh Perempuan Muda? – Abby Yus"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*