Bella sedia terima Aliff Aziz semula

PELAKON dan penyanyi, Bella Astilah tidak menolak untuk menerima semula bek4s suaminya yang juga penyanyi, Aliff Aziz.

Bella berkata, dia terima sekiranya itu adalah jalan terbaik untuk anak mereka Mohamad Ayden Adrean.

“Kalau itu yang terbaik untuk Ayden, saya terima dia semula walaupun orang akan bercakap macam-macam,” katanya.

Bella yang ditemui di sidang media Anugerah Meletop Era 2020 (AME2020) berkata, dia sendiri tidak pernah membenc1 Aliff.

“Hubungan kami baik-baik saja. Saya sendiri tak pernah membenc1 dia. Mengenai status hubungan kami, kami simpan dulu atas permintaan keluarga. Tapi, apabila sudah tiba masanya, kami akan kongsikan,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Happy Chinese New Year to all my friends who celebrate it❣️

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah) on

Bella juga berkata, dia percaya bahawa perp1sahan antara dia dan Aliff banyak mengubah Aliff menjadi orang yang lebih baik.

“Saya susah nak dekat dengan lelaki lain. Saya percaya, perpisahan itu mengajar dan mematangkannya. Saya percaya apa yang berlaku, banyak mengubah dia.

“Saya tak mahu meletakkan harapan 100 peratus. Sekarang, saya cuma ‘go with the flow’,” katanya.

Bella juga kerap membawa Ayden untuk bertemu bapanya di Singapura.

“Dalam sebulan, ada beberapa kali saya akan ke Singapura dan setiap kali itu juga saya akan mencvri waktu untuk membawa Ayden bertemu dengan Aliff.

“Di sana, Aliff sebenarnya sedang s4kit. Keluarganya sedang berusaha mencari alternatif untuk mengvbatinya. Saya pun hanya mampu berdoa supaya semuanya dipermudahkan,” katanya.

Ditanya mengenai s4kit yang dialami Aliff, Bella memaklumkan bahawa bek4s suaminya itu berdepan dengan perkara m1stik.

“Apabila dirujuk kepada ustaz, kami dimaklumkan bahawa ada orang yang tidak berpuas hati dengan Aliff dan inginkan dia s4kit sehingga menjadi gil4.

“Saya sendiri pun terkejut kerana dalam zaman sekarang pun, masih ada lagi benda-benda sebegini. Saya pun tak tahu apa yang perlu dilakukan.

“Kalau sakit dari segi fizikal, mungkin kita boleh bantu tapi apabila s4kitnya membabitkan perkara gh4ib, sedikit suk4r untuk mencari penawarnya,” katanya.

Terbaru, Ayden tersenarai dalam senarai Top 20 untuk kategori Si Cilik Meletop di AME2020.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: HM

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Bella sedia terima Aliff Aziz semula"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*