Kakak Penyanyi Azharina Dih4lau Dari Petak Parking OKU, Alasan Diberikan Oleh Pak Guard Sana Memang Tak Masuk Akal

Azharina menerusi sebuah video yang dikongsi di laman sosial Facebook (FB)nya semalam, meluahkan rasa kes4l dan s3dih kerana kakaknya dih4lau dari tempat letak kereta 0 K U.

Penyanyi Azharina memohon Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), mengambil tind4kan ke atas sebuah premis di Puchong kerana berasakan kakaknya yang juga seorang Orang Kurang Upaya (0 K U) didiskriminasi.

Menurutnya, sebaik sahaja dia meletakkan kereta di petak tersebut dua orang pengawal keselamtan menghampiri mereka dan memberitahu pengurus tidak suka ada kenderaan diletakkan di situ.

“Tak sampai dua minit dua parkir, dua orang pengawal keselamatan datang halau kami dari petak parkir tersebut. Alasan mereka ialah, bos tak suka orang parkir di petak OKU.

“Sedangkan kakak saya ada kad 0 K U, ada pelekat parkir 0 K U…Wajarkah perkara seperti ini, penindas4an ini berlaku kepada orang-orang kurang upaya?,” luahnya kecewa.

“Hanya kerana kereta yang perkir di situ dikatakan menyem4k! Boleh tak bagi saya alasan yang relevan dan lebih berperi kemanusiaan, mengapa wanita yang tidak boleh berjalan, yang terpaksa menggunakan kerusi roda dih4lang meletakkan kereta di tempat yang sudah dikhaskan untuk mereka?

Menerusi posting tersebut juga, Azharina turut menjelaskan tujuan dia memuat naik foto dan video pada hari insiden tersebut berlaku.

“Saya harap ramai boleh share video ini untuk kesedaran. Pihak berkenaan harus mengambil tind4kan berhubung kejadian ini, sekiranya benar seperti yang did4kwa dua pengawal keselamatan mengenai pengurusan mereka yang tidak membenarkan sesiapa pun meletakkan kenderaan di petak O K U walaupun memiliki pelekat kereta dan kad OKU yang sah,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Dalam kejadian pada Isnin (semalam) itu, kakak Azharina dikenali sebagai Aishah memandu kereta tersebut yang turut dinaiki penyanyi Elergi Sepi itu bersama anaknya.

Dalam pada itu, Azharina turut berharap agar pada tahun 2020 ini tidak ada lagi sikap diskrimina4si terhadap golongan kurang upaya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : GEMPAK 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Kakak Penyanyi Azharina Dih4lau Dari Petak Parking OKU, Alasan Diberikan Oleh Pak Guard Sana Memang Tak Masuk Akal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*