“Nasib Baik Dia Tak Gos0k Tangan Que Haidar, Kalau Tak…” Kant0i Nabil Mahir ‘G0sok’ Tangan Ayda Jebat Masa Tengok ‘Live’ Dansa Dan Sing

Baru-baru ini pasangan pelakon yang sedang hangat bercinta, Nabil Mahir dan Ayda Jebat hadir bersama ke Auditorium MBSA, Shah Alam menonton program Dansa Dan Sing bersama.

Bagaimanapun ketika program tersebut sedang bersiaran langsung, aksi Nabil ‘menggosok’ ibu jarinya ke tangan Ayda menarik perhatian kamera.

Aksi tersebut bagaimanapun telah dimuat naik di Instagram (IG) Memes_Puaka dan telah menjadi bahan jenaka pengikut di laman sosial tersebut.

Antara komen paling menarik perhatian ialah daripada seorang pengikut menggunakan nama @_amanda_jb yang telah mendapat 50 tanda suka.

“Hahahaha…nasib baik dia tak gosok tangan Que Haidar…,” sambil merujuk kepada suami juri tetap program tersebut yang kebetulan duduk bersebelahan pasangan tersebut.

Komen @_amanda_jb kemudiannya dijawab oleh pengikut lain yang berkata jika tangan Que Haidar yang digosok, Linda Jasmine tidak akan berdiam diri.

“@_amanda_jb hahahha…confirm Linda terus bangun

wachaaa!,” kata @suzzy_la.

Posting yang dimuat naik @memes_puaka itu telah ditonton lebih 43 ribu kali dengan hampir 300 komen sehingga artikel ini ditulis.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Gosok gosok

A post shared by memes_puaka™ (@memes_puaka) on

Dihoskan oleh Sherry Alhadad dan Hady Mirza, konsert mingguan Dansa Dan Sing ditayangkan secara langsung selama lapan minggu dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (104), Ria HD (123).

Juara Dansa Dan Sing akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro, manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50,000 dan RM25,000 beserta trofi.

Pemenang tempat keempat dan kelima juga tidak akan pulang dengan tangan kosong kerana masing-masing bakal membawa pulang RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi.

Dansa Dan Sing juga boleh distrim menerusi Astro Go dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Gempak

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Nasib Baik Dia Tak Gos0k Tangan Que Haidar, Kalau Tak…” Kant0i Nabil Mahir ‘G0sok’ Tangan Ayda Jebat Masa Tengok ‘Live’ Dansa Dan Sing"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*