Zizie Ezzete S3bak Bila Kembar Anak Angkatnya Terpaksa Pulang Ke Pangkuan Keluarga Asal

Pada Sabtu lalu, posting pelakon Zizie Ezette di Instagram (IG) mengenai anak kembarnya Naila Marjenna dan Nayla Nurjenna mengundang s3bak warga net.

Zizie memuat naik posting pasangan kembar tersebut yang juga merupakan anak angkatnya, ketika berada di lapangan terbang.

Difahamkan Naila Marjenna dijaga oleh ibu kandungnya di Sandakan, Sabah manakala Nayla Nurjenna tinggal bersama Zizie di Kuala Lumpur.

Naila Marjenna berada di Kuala Lumpur baru-baru ini untuk menghabiskan masa bersama kembarnya dan Zizie sekeluaga.

Namun, pasangan kembar seiras ini seolah-olah tidak mahu berp1sah apabila masing-masing men4ngis teresak-esak dan berpelukan.

Menerusi video yang dikongsi, Zizie juga gag4l mengawal em0sinya ketika sedang memujuk Naila Marjenna dan Nayla Nurjenna.

“Nanti jumpa lagi ya. Nanti Mummy bawa jalan-jalan lagi tau. Alahai…aku pula yang s3dih.

“Mummy sayang Niza (nama sebenar Naila Marjenna ialah Asniza), kakak Jenna pun (nama sebenar Asnira) pun sayang Niza.

“Cium puas-puas…Nanti kalau Mummy balik KK (Kota Kinabalu) pun Niza boleh datang jumpa kami okay,” katanya sebak.

Zizie berkata, percutian kali ini dia tidak dapat membawa pasangan kembar tersebut bersiar-siar kerana bimbang dengan v1rus yang sedang menular sekarang.

“Tapi kali ini tak dapat bawa berjalan-jalan sebab v1rus banyak, t4kut terjadi apa-apa jadi kami di rumah saja, merb4haya,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Till we meet again Naila Marjenna…. #itsbeyondwords #heavyheart #alreadymissingher

A post shared by Zizie Izette (@zizieizette) on

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata pengikut turut berasa s3dih melihat wajah sayu Naila Marjenna dan Nayla Nurjenna.

Zizie mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Disember 2009.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan kembar lelaki berusia dua tahun iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, serta anak perempuan, Aalisa Belle Izette yang kini berusia lima bulan.

Pasangan itu turut mempunyai dua anak angkat iaitu Nayla Nurjenna, 4 dan Aaric Zayn Izette, 2.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Zizie Ezzete S3bak Bila Kembar Anak Angkatnya Terpaksa Pulang Ke Pangkuan Keluarga Asal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*