KUALA LUMPUR: Sesibuk mana sekalipun, Zain Saidin yang mengusahakan kiosk menyajikan juadah daging kambing, pasti menghabiskan waktu siang di rumah.
Suami Rozita Che Wan atau Che Ta ini memberitahu, sejak tiga bulan lalu, rutin hidupnya berubah apabila perlu memperuntukkan 11 jam sehari bekerja di kiosk Mmmbaek yang diusahakannya di Gombak.
“Hampir setiap hari saya perlu meluangkan masa di kiosk dari jam 5 petang hingga awal pagi… Lebih kurang 11 jam berada di kedai.
“Saya perlu berkorb4n masa dan tenaga. Waktu bersama keluarga juga terbatas dan isteri memahami
Zain Saidin dan Che Ta. – Foto ihsan Instagram Rozita Che Wan
“Namun, sebelah siang, iaitu dari pagi hingga petang, saya akan bersama isteri dan anak. Apabila balik dari kiosk, mereka sudah nyenyak tidur,” katanya kepada BH Online.
Akhir tahun lalu, Zain menghentikan perniagaan kasut yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu dan beralih kepada sektor makanan.
Tekad mengubah nasib biarpun terpaksa mengulangi proses sama, Zain reda pelaburan dalam syarikat kasut diuji hingga terpaksa ditutup.
“Hidup ini ibarat putaran roda dan pertaruhan… Saya reda diuji. Saya pantas membina semangat mencari angin baharu.
“Kegagalan lalu membuat saya belajar banyak perkara. Saya belajar daripada pengalaman dan cabaran,” katanya.
Pada sambutan hari jadinya yang ke-36, Sabtu lalu, Che Ta menganjurkan majlis menjamu kambing bakar dan ‘lamb shank’ bersama 33 pelajar dari Pusat Tahfiz Al Yamani, Gombak.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : BH
Be the first to comment on "“Saya Perlu Berkorb4n..” Giliran Zain Saidin Pula Diuji"