Lisa Surihani Terbahak Dalam ‘Sepahtu Reunion’ Buat Ramai Turut Tertawa!

Rancangan sitkom, Sepahtu Reunion Jumaat lalu sememangnya bikin pec4h perut penonton di lokasi rakaman dan juga di rumah. Menampilkan tetamu istimewa Lisa Surihani, Datuk Ramli M.S dan juga Cik B.

Biarpun barisan tetamu jemputan minggu ini memiliki latarbelakang berbeza, namun gelagat bersahaja setiap satunya mampu membuatkan ramai tertawa.

Berikut adalah ringkasan apa yang terjadi pada minggu ke 7 Sepahtu Reunion:

Kemunculan Lisa Surihani yang melakonkan watak sebagai anggota polis dalam episod Sepahtu Reunion kali ini membuatkan ramai terhibur. Apatah lagi gelagatnya yang turut berdekah dengan lakonan lawak Shuib. Rakaman babak itu kemudiannya menjadi tular di Twitter selepas dikongsikan oleh seorang individu,

Berikut adalah rakaman babak tersebut yang dikongsikan di Twitter:

Semuanya gara-gara misai palsv Shuib tertanggal membuatkan Lisa Surihani berdekah! Disebabkan itu juga penonton turut tertawa melihat gelagat Lisa Surihani yang ketawa terbahak-bahak. Rakaman pendek yang hanya berdurasi 15 saat ini telah meraih 274 ribu tontonan dan 17,800 retweets serta 21,100 likes.

lisa surihani sepahtu reunion 5

Rata-rata netizen turut terhibur menonton gelagat Lisa Surihani dalam Sepahtu Reunion ini dan meninggalkan reaksi tersebut di ruangan komen seperti berikut:

“Tapi gelak akak tu nampak ikhlas hahahah… terhibur tengok #sepahtureunionlive2020 semalam”

lisa surihani sepahtu reunion 1

“Tengok dia gelak pun dah terhibur hahahaha”

lisa surihani sepahtu reunion 2

“Hahahah..10 kali tengok pun ikut gelak dengan Lisa”

lisa surihani sepahtu reunion 3

 

Sumber: Twitter Seghonoknya / Youtube Astro Ria X

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: HCL

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Lisa Surihani Terbahak Dalam ‘Sepahtu Reunion’ Buat Ramai Turut Tertawa!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*