“Walaupun 2 Malam Dalam L0kap Saya Berasa Nikmat…” Isteri Dai Farhan Kongsi Pengalaman Makan Nasi Kosong, Ikan Jaket

Isteri pend4kwah bebas Da’i Farhan, Noorainul Naqim Mohd. Radzi yang did4kwa atas pertudvhan men1pu pelanggan berhubung urusan sijil halal, menceritakan pengalamannya tidur di dalam l0kap ketika ditahan rem4n.

Menurut Noorainul, 40, atau lebih dikenali dengan panggilan Dr. Erin, biarpun terp4ksa bermalam di l0kap, dia tidak pernah berasa malu, sebaliknya menganggap itu sebagai satu ujian buatnya.

“Assalammualaikum, kepada semua yang bertanya Alhamdullilah saya okay. Walaupun dua malam dalam lokap saya berasa nikmat kehidupan yang sebenar. 

“Kalau nak diikutkan makan nasi kosong dengan ikan jaket tak ada lah apa sangat. Pengalaman Allah nak tunjuk ujian kita ni kecil sangat nak dibandingkan dengan kawan-kawan kat dalam sana tu,” ceritanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Menerusi posting tersebut, Dr. Erin turut berkongsi sekeping foto dirinya sedang memandu kereta dengan menunjukkan isyarat tangan ‘peace’.

Pada masa sama, kata Dr. Erin lagi, dia berterima kasih kepada individu yang menjaganya dengan baik sepanjang tidur di dalam l0kap.

 

“Yang kat dalam tu tak semuanya bersalah selagi dia tidak didapati bersalah. Saya terima semua prosedur dengan hati terbuka tak ada rasa malu atau takvt. 

“Terima kasih kepada beberapa orang yang menjaga saya semasa di dalam lokap dengan baik walaupun ada beberapa pekara yang Allah nak tunjuk pada saya kalau tak masuk dalam saya tidak tahu begitu keadaan sebenarnya,” tulisnya.

Sebelum ini, Dr. Erin did4kwa di m4hkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertudvhan men1pu seorang pelanggan berhubung urusan sijil halal.

Bagaimanapun, tertvduh kemudian mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan sebelum dibenarkan diikat jamin RM4,000.

Tertvduh did4kwa melakukan kesalahan tersebut pada 21 Disember 2017 sehingga 26 Februari 2018 di Taman Keramat Wangsa, Kuala Lumpur.

Majistret Wong Chia Sia kemudian menetapkan 3 April depan sebagai tarikh sebutan semula k3s.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Walaupun 2 Malam Dalam L0kap Saya Berasa Nikmat…” Isteri Dai Farhan Kongsi Pengalaman Makan Nasi Kosong, Ikan Jaket"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*