”Kalau Tak Nak Keluar Aku Panggil Cik B Kang!” – Muncul Di Sepahtu Reunion Live 2020, Azwan Ali Cvri Tumpuan

Selebriti sensasi Azwan Ali mencvri perhatian wargamaya apabila menjadi pelakon undangan bagi program Sepahtu Reunion Live 2020 malam tadi. 

Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna berkongsi sepotong video sedutan program yang bersiaran secara langsung di Royal Theather, Shah Alam. 

“Minggu lepas Jep bah4n Azwan Ali, minggu ni Diva AA datang betul-betul! Kelakar tengok muka Jep hahahahaha,” tulis pengguna itu menerusi satu kicauan.

 

Pada sedutan video berdurasi lebih dua minit itu, Azwan memegang watak sebagai seorang jurufoto yang mengambil foto perkahwinan babak persandingan Jep dan pelakon Isyariana. 

Tambah gamat apabila Jep terpaksa menggunakan nama usahawan muda Cik B untuk meminta Azwan keluar seusai tamat babaknya.

  Hasil tinjauan Gempak di ruangan Twitter, rata-rata wargamaya terhibur dengan aksi Azwan yang sudah lama tidak membuat kemunculan di kaca TV.
  “Hahahahahaha see my level datang!” kata seorang wargamaya.

“Hahaha. Tak tahulah nak gelak ke nak nangis Jep tu,” komen seorang wargamaya. 

  Namun, ada juga wargamaya yang tidak setuju apabila pihak produksi memilih Azwan Ali menjadi cameo pada episod kali ini.

“Orang Malaysia ni bod0h, pergi jemput dia sedangkan kita tak patut layan dia, ni semua sebab rating,” luah seorang wargamaya. 

“Hmm berani ek datang lepas kata pelawak samp4h,” tegur seorang wargamaya lagi.
Program Sepahtu Reunion Live 2020 bersiaran secara langsung pada setiap Jumaat, 9 malam di saluran Astro Warna (132) dan Warna HD (124).

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "”Kalau Tak Nak Keluar Aku Panggil Cik B Kang!” – Muncul Di Sepahtu Reunion Live 2020, Azwan Ali Cvri Tumpuan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*