Lap Air Kenc1ng Guna Jersi: Penerbit Drama Mohon Maaf, Peminat Liverpool Ucap Terima Kasih

Susulan babak mengelap air kenc1ng menggunakan jersi kelab bola sepak Liverpool, penerbit drama Jujurlah Nikahi Aku, Arie Zaharie tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Permohonan maaf tersebut dibuat Arie menerusi posting di laman sosial Twitternya pada awal pagi Sabtu.

“Saya mewakili pihak produksi Arie Zaharie Production dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf di atas salah satu babak dalam drama Jujurlah Nikahi Aku yang membabitkan pelakon kami mengoy4kkan dan memij4k baju jersi kelab Liverpool.

“Saya dengan rasa terkil4n atas kesil4pan dalam babak itu, sesungguhnya tiada niat untuk membvrukkan nama baik kelab Liverpool.

“Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua peminat Liverpool dari seluruh Malaysia dan berharap agar peminat Liverpool berlapang dada untuk memaafkan kesal4han saya,” katanya.

“Dengan rasa hormat dan rendah diri saya kepada peminat kelab Liverpool di seluruh Malaysia, dengan ini saya berjanji tidak akan mengulangi perbuatan di atas pada masa akan datang dan memohon maaf atas keral4tan dan kesil4pan yang berlaku,” tulisnya.

Terdahulu, tul4r di media sosial babak pelakon Uyaina Arshad mengelap air kenc1ng menggunakan jersi kelab Liverpool.

Babak tersebut telah mengundang kemar4han dan rasa kurang senang peminat kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Seorang peminat fanatik dikenali sebagai Niezam True Kopites turut membuat laporan di laman web rasmi pasukan Liverpool.

Peminat tersebut juga menuntut pasukan Liga Perdana Inggeris itu mengambil tindakan ke atas produksi drama berkenaan.

Terbaru menerusi kemaskini Niezam, dia mengucapkan terima kasih kepada Arie dan pihak produksi kerana mengakui kesil4pan dan tidak akan mengulangi kesalahan sama.

Terima kasih, setidak tidaknya pihak sana mengakui kesil4pan dan tidak akan berulang lagi perkara ini.

“Mungkin bagi sesetengah fan LFC atau fan lain benda ini nampak klise tapi kesan neg4tif yang ditinggalkan sangat mendalam kerana ia berlaku di skala yang besar.

“Apapun mereka sudah meminta maaf dan kita pula kena berlapang dada dan saling tegur menegur satu sama lain.

“Setiap insan tidak lepas dari buat kesilapan, begitu juga diri saya sendiri juga meminta maaf kerana isu ini menjadi tul4r dan kec0h. Apa jua yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi. #YNWA,” tulisnya.

Jom tonton semula drama Jujurlah Nikahi Aku menggunakan telefon pintar anda menerusi aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang!

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Lap Air Kenc1ng Guna Jersi: Penerbit Drama Mohon Maaf, Peminat Liverpool Ucap Terima Kasih"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*