Pasangan terkenal, Sari Yanti dan Jep Sepahtu merupakan diantara selebriti yang jarang sekali terpalit kontr0versi, bahkan kedua pasangan ini antara yang paling popular dalam industri hiburan tanah air.
Sari Yanti dan juga pelawak ini juga semakin bahagia dengan kehadiran cahaya mata sulung mereka dan dalam pada masa yang sama, pelakon jelita ini sedang hamil anak kedua mereka yang dikongsikan pada 24 Februari lalu dan kini sudah memasuki 6 bulan.
Bakal sambut kehadiran ahli baru
Lebih mengembirakan, pasangan ini sudah menyambut ulang tahun perkahwinan yang ketiga mereka pada baru-baru ini dan tidak lama lagi bakal menyambut pula dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga mereka.
Walau bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian mengenai pasangan ini apabila Sari Yanti memberitahu bahawa dia tidak akan terlibat dalam bidang lakonan lagi.
Difahamkan, pended4han berkenaan diberitahu menerusi Instagram miliknya ketika mengadakan sesi soal jawab bersama peminat melalui ruangan Instagram Stories seperti yang dilakukan ramai selebriti lain bagi menjawab persoalan peminat buat mereka.
Berikut merupakan soal jawab yang dilakukan
“Tak berlakon dah ke?” tanya peminatnya.
“Tak, Jep tak kasi,” jawab pelakon jelita itu.
Pun begitu, tindakannya untuk tidak melibatkan diri dalam bidang lakonan itu kerana suaminya tidak memberikan keizinan untuk berkerja.
Dalam pada masa yang sama, Sari Yanti turut memberitahu bahawa suaminya itu seorang yang akan keluar mencari rezeki buat keluarga. Ini kerana, Jep Sepahtu lebih selesa apabila isterinya berada dirumah.
“Sebab dia lebih selesa bila isteri dia di rumah. Dia je yang cari nafkah.” Katanya.
Menerusi ruangan komen dilaman Facebook Gempak, rata-rata memuji tindakan Jep buat isteri tercinta dan dalam pada itu, netizen turut memuji sikap Jep dalam industri hiburan ini.
Reaksi ramai
Sumber: Gempak
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: HCL
Be the first to comment on "“Tak, Jep tak kasi,”- Jawapan Sari Yanti Buat Ramai Tergaman"