Pengurus penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak akhirnya membuka mulut berkongsi status perkahwinannya dengan abang Siti, Ayie.
Berkongsi khabar terbabit, jelas Rozi mereka memutuskan untuk berpis4h sejak dua tahun lalu.
“Jarang-jarang sekali saya nak bercerita hal peribadi tetapi di sebaliknya saya sudi ditemubual kerana mahu berkongsi motivasi dan inspirasi.
“Masih ramai yang bertanya di mana suami saya, kenapa tiada gambar suami? Sebenarnya status saya sekarang sebagai ibu tunggal dan sudahpun hampir dua tahun lebih.
“Kami ke mahkamah untuk memutuskan berpis4h. Rakan-rakan dan keluarga terdekat memang mengetahui itu jalan terbaik untuk kami,” katanya kepada majalah Jelita.
Tambah Rozi, 47, dia turut berdepan cabaran bergelar ibu tunggal biarpun sedia asal berdikari sejak mendirikan rumah tangga.
“Apabila bergelar ibu tunggal tanpa pasangan sudah tentu ada cabaran tertentu.
“Mujurlah saya sangat berdikari dan ada pekerjaan tetap, jadi saya hanya teruskan apa yang saya sudah lalui.
“Cuma cabarannya saya memikul seorang diri ketika anak-anak sedang membesar serta memerlukan banyak perbelanjaan.
“Sudah tentu sebagai ibu tunggal saya tak boleh berada di satu tahap sahaja, saya perlu mencari sumber lain untuk anak membesar dengan baik dan saya tak mahu anak saya membesar dengan terabai,” tambah penulis lirik lagu Siti, Menatap Dalam Mimpi itu lagi.
Hasil perkahwinan Rozi dan Ayie atau nama sebenarnya Saiful Bahri mereka dikurniakan tiga cahaya mata.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: GEMPAK
Be the first to comment on "“Sudah 2 Tahun Bergelar Ibu Tunggal!” – Rozi Dedah Status Perkahwinan Dengan Abang Siti"