“Dua Tiga Bulan Takda Job Kita Boleh Hadap, Takkan Tak Sampai Sebulan…” – Noorkhiriah

Pelakon Noorkhiriah menyeru rakan-rakan industri agar tidak mengeluh dengan kehilangan tawaran bekerja ketika negara berhadapan detik sukar ketika ini.

Menurut Khiriah, setiap orang harus menerima dugaan itu dengan positif, bukannya mengeruhkan lagi keadaan.

“Saya mungkin tak faham situasi sebab saya pun bukan jenis banyak job, cuma apa yang jadi ambil dari sudut positif, jangan g4duh-g4duh.

“Jika dulu dua tiga bulan takda job kita boleh hadap, takkan tak sampai sebulan kita nak bergaduh beritahu satu dunia, jangan begitu kawan, malu dekat masyarakat, apa yang jadi ini terlalu banyak hikmah,” tulis Khiriah di laman Instagram.

Dalam pada itu, Khiriah turut mengajak rakan artis untuk bersabar menghadapi ujian ketika ini.

“Sabarlah, walaupun saya bukan  sejenis penyabar tapi demi Allah terlalu banyak hikmah atas kejadian, Allah dah buka mata saya walaupun saya tak sanggup nak buka purse, tetapi saya okay, Allah lebih mengetahui,” tulisnya lagi.

Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Khiriah di ruangan komen. Rata-rata mereka bersetuju dengan pendapat yang disuarakan Khiriah itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kita bbaiklah yerr..sebab semuani aturan Allah..cuma pasni apa saja yg kita ada cubalah kita sorok seperti mana kita sorok akan AIB kita..maaf andai salah sampai….jangan gado2 dah..setan tengah tepuk tangan..takkan kita nak bagi setan menang..sebarang komen berbaur perbalahan tidak digalakkan..tkasih😍

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on

Susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ada segelintir artis berkongsi luahan pendapatan terjejas apabila terpaksa menghentikan segala aktiviti mereka.

Bagaimanapun, kenyataan itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang beranggapan ramai artis menunjuk kemewahan tetapi mahu meminta bantuan daripada kerajaan ketika waktu sekarang.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Dua Tiga Bulan Takda Job Kita Boleh Hadap, Takkan Tak Sampai Sebulan…” – Noorkhiriah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*