Pelawak dan penyampai radio, Shuib tampil membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan pendapat yang diutarakan sebelum ini berkaitan bantuan khusus buat penggiat seni berikutan penul4ran COV1D-19.
Meski pada awalnya ia bertujuan bagi menjelaskan situasi, perkara tersebut bagaimanapun hangat dibahaskan peminat dan rakan selebriti lainnya hingga menimbulkan reaksi bercampur-campur.
“Assalammualaikum semua. Saya mengambil apa yang berlaku berhubung kenyataan saya tempoh hari sebagai kesil4pan sendiri.
“Saya MOHON AMPUN DAN MAAF dan saya harap isu ini selesai.
“Saya terima apa juga kata-kata anda. Satu yang pasti, saya selalu kenang jasa anda semua yang menyokong saya,” tulisnya pada entri Instagram yang turut dilampirkan foto awalnya terlibat dalam seni.
Suami kepada penyanyi, Siti Sarah itu pada masa sama turut meminta semua agar berdoa negara ini segera bebas dari penularan wabak.
“Sama-sama kita berdoa agar negara kita lekas bebas dari cov1d19 dan semoga kita sentiasa dilindungi,diberkati dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.
“Sama sama kita bantu mana yg memerlukan dan semoga kita terus tabah dlm ujian ini… Mohon maaf skali lagi #pershuibofhappyness,” pohon Shuib.
Terdahulu, bintang itu menerusi satu rakaman video dimuat naik di platform sama antara lain berkata, dia terpanggil membuat rakaman bagi membela nasib rakannya yang dikrit1k selepas menyuarakan pandangan supaya kerajaan memberikan bantuan khas kepada penggiat seni.
Tambahnya, rakan-rakannya hanya menyuarakan pendapat, bukan demi kepentingan diri.
Sebaliknya, memperjuangkan hak penggiat seni, seperti artis veteran serta kru produksi balik tabir yang dihimp1t kesul1tan hidup selepas penguatkuasaab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Serentak dengan itu, para peminat dan netizen termasuk selebriti ada meninggalkan komen positif buatnya.
Foto: Instagram Shuib
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: MH
Be the first to comment on "“Saya Mohon Ampun Dan Maaf, Harap Isu Ini Selesai,” – Shuib"