“Artis zaman dulu tak ada ‘job’ pun boleh hidup – Zack Budak Kacamata jual barang kulit, hidup senang sampai sekarang

APABILA terdapat segelintir artis yang membangkitkan isu bantuan khas kerajaan harus diberikan untuk golongan anak seni, ramai juga pihak yang melahirkan rasa kurang senang.

Puncanya, yang membangkitkan isu itu ialah dalam kalangan individu yang berkemampuan atau erti kata lain mereka berduit. Sedangkan, artis yang hidup susah, kais pagi makan pagi tak ‘berbunyi’ suara pun dalam isi itu.

Pelakon veteran Roslan Salleh yang berumur 63 tahun contohnya turut berniaga menjual daging dendeng di Melaka untuk meneruskan kelangsungan hidup saat tiada lagi tawaran berlakon untuknya.

Zack membuka perniagaan membuat barangan kulit sejak 2004.

Begitu juga dengan artis-artis lama lain, mereka faham bukan boleh kaya raya pun jadi artis. Kalau ada yang kaya, itu semua nasib masing-masing.

Sebab itulah kalau seseorang itu membuat keputusan untuk menjadi artis, mereka haruslah bersedia dengan pekerjaan lain sebagai persediaan menghadapi hari suk4r.

Penyanyi yang popular lewat tahun 1990-an iaitu Zack dari kumpulan Budak Kacamata antara contoh artis zaman rock jiwang, tidak pernah mengharapkan bantuan sesiapa kerana dia percaya, rezeki itu boleh didapati dengan pelbagai cara.

 

Kalau tak dapat job pun, kami masih boleh sara hidup dengan jual goreng pisang.

ZACK

VOKALIS BUDAK KACAMATA

Postingnya di Facebook dengan memotong barangan kulit menjadi viral dan ramai netizen memuji sikapnya yang tidak meminta-minta tetapi berusaha dengan titik peluh sendiri untuk kelangsungan hidup.

“Saya pelik apabila isu ini timbul sedangkan saya dan ramai kalangan artis lama tidak pun mengharapkan apa-apa bantuan khusus daripada kerajaan.

“Malah, kami semua masih mampu mencari rezeki dengan pelbagai cara seperti berniaga. Saya sendiri ada membuka kedai membuat barangan kulit. Sebelum ini, saya pernah berniaga nasi lemak, jual burger dan macam-macam.

“Bagi saya, artis tak perlu minta sedekah! Saya melihat artis zaman sekarang ni ada masalah attitude. Artis zaman dahulu berkarya dalam industri seni untuk seronok sahaja.

Tomok, Black dan Shuib sudah membuat permohonan maaf atas kenyataan mereka sebelum ini.

“Kalau tak dapat job pun, kami masih boleh sara hidup dengan jual goreng pisang. Artis sekarang sekadar nak hidup dalam dunia glamor dan tayang kemewahan di laman sosial tapi bila waktu susah ini, tiba-tiba nak minta bantuan pula,” katanya kepada mStar.

Malah, Zack yang dikenali dengan lagu Cinta Tak Perlu Dipaksa mengakui dia berasa kec3wa melihat sikap segelintir selebriti pada zaman kini lebih mementingkan populariti dan gemar menayangkan kehidupan mewah di laman sosial tetapi meminta bantuan khusus untuk anak seni.

Sebelum ini, selebriti Black Hanifah, Tomok dan Shuib Sepahtu dikec4m netizen gara-gara menyuarakan pandangan mengenai golongan anak seni terutama belakang tabir serta artis veteran perlu dibantu.

Rata-rata netizen berpendapat bahawa penggiat seni tidak perlu diberi layanan khas kerana inisiatif yang diperkenalkan kerajaan memadai untuk dinikmati semua rakyat yang memenuhi syarat.

Dalam pada itu, Zack memberitahu dia dan beberapa rakan artisnya tidak memerlukan bantuan daripada kerajaan namun hanya mahu royalti daripada Recording Performers Malaysia (RPM) yang sudah lama tertunggak.

“Sebenarnya artis lama ini tak perlu minta bantuan daripada kerajaan. Tapi paling utama sekarang ini hanya mahu hak kami sahaja iaitu royalti daripada RPM yang dah lama tertunggak.

“Itu sahaja yang kami mahukan! Sebelum ini ada yang pernah menyuarakan isu itu namun ia menjadi senyap. Jadi, sudah tiba masanya untuk pihak RPM memberi agihan sepatutnya kepada yang berhak,” ujarnya yang mewakili kumpulan penyanyi.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: mStar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Artis zaman dulu tak ada ‘job’ pun boleh hidup – Zack Budak Kacamata jual barang kulit, hidup senang sampai sekarang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*