SELEPAS bertindak menyelar tindakan pelakon kontroversi Zarina Anjoulie dikatakan cuba mengambil kesempatan atas isu bantuan khusus artis, aktres Sharifah Sakinah tampil membuat permohonan maaf.
Malah Sakinah atau Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 31, turut meminta orang ramai menghentikan perbal4han berkaitan isv ini dengan segera.
Sakinah dan Zarina pernah bersemuka menerusi IG Live pada Selasa.
“Lagi satu saya memang talam dua muka, saya suka batu api, saya acah-acah baik dan acah-acah jah4t juga sebenarnya.
“Apa kata kita tak payah gadvh-gadvh. Zarina Anjoulie, saya minta maaf secara terbuka, jadi marilah bermesra,” kata Sakinah menerusi video yang dimuat naik di Instagramnya pada Jumaat.
Kemelut antara mereka mula tercetus selepas Sakinah berkongsi video di Instagram menyelar sikap Zarina yang cuba mengambil kesempatan terhadap isu segelintir artis menyuarakan pandangan mereka bantuan khusus untuk artis berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sakinah mendakwa tindakan Zarina itu dikatakan bagi meraih perhatian supaya dia boleh menjalankan perniagaan di Instagram miliknya.Susulan itu, Sakinah mengambil pendekatan bersemuka secara langsung di Instagram Live dengan Zarina pada Selasa lalu namun menerusi video tersebut, mereka hanya ‘berdebat’ antara satu sama lain.
Menerusi rakaman video yang tular di media sosial itu, Sakinah memberitahu Zarina bahawa dia tidak menyukai sikap pelakon drama Anak Pont1anak itu yang ingin bergelar jaguh dalam situasi yang melanda.
Bagaimanapun, Zarina mempertahankan dirinya dengan mengatakan dia tidak kisah jika orang menganggap dia cuba menjadi hero kerana hanya bercakap untuk diri sendiri, bukannya netizen.
Nama Zarina mula hangat diperkatakan netizen selepas aktres itu bertindak menegur segelintir artis memohon bantuan khusus untuk golongan anak seni terutama belakang tabir dan artis veteran yang kehilangan sumber pendapatan akibat PKP.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: mstar
Be the first to comment on "“Saya memang talam dua muka, batu apl, acah-acah baik” – Sharifah Sakinah mohon maaf pada Zarina Anjoulie"