Pengacara popular, Fedtri Yahya berkongsi layangan tweetfamous, Omar Imran yang menggambarkan coronav1rus Cov1d-19 sebagai Islam.
Menerusi tweet tersebut, Omar berseloroh mengatakan Covid-19 sebagai seorang muslim kerana v1rus itu menjadi punca kepada penutupan kelab malam, kasino dan bar.
Semua orang mula menutup muka memakai ‘niqab’, seluruh dunia mula kembali kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa, perintah berkurung digunakan sebagai masa bersama keluarga, orang kaya memberi sumbangan kepada yang miskin dan masyarakat mula berfikir soal kematian.
“Corona is Muslim. Im surprised the Media hasn’t noticed yet..No clubs,bars, casinos.Niqab,everyone’s praying,family time, no interest rates, free facilities for the poor, rich contributing, people thinking about life after death, everyone washing their asses properly, Alhamdulilah.
“Dalam jenaka ini, ada benarnya,” kongsi Fedtri.
Jelasnya lagi, benar masjid dan Kaabah telah ditutup, namun hikmah disebaliknya, umat Islam mula merindui rumah Allah.
“Masjid juga perlu pembersihan sebagai pengajaran dan menguatkan kembali rasa rindu pada rumah Allah,” balasnya.
Menurut ramalan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Malaysia dijangkakan akan mencapai kemuncak kes positif koronav1rus (Cov1d-19) pada pertengahan bulan ini.
Foto : Instagram Fedtri Yahya
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: MH
Be the first to comment on "‘Tweet Famous’ Seloroh ‘Corona Is Muslim’, Bila Dilihat Dalam Sisi Positif, Fedtri Yahya Beri Reaksi"