“Kali ni kita main orang dalam, bos imigresen kawan my dad” – Wanita terbang dari Tawau-KL bawa 2 anak mohon maaf, silap guna ayat

KEC0H kisah seorang wanita yang mendakw4 menggunakan ‘orang dalam’ Jabatan Imigresen untuk dibenarkan menaiki penerbangan bersama dua anaknya dari Tawau, Sabah ke Kuala Lumpur semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut wanita itu, sepanjang tempoh PKP fasa pertama dari 18 Mac hingga 31 Mac lalu, dia bersama anak-anaknya berada di rumah keluarga di Tawau, sementara suaminya di Kuala Lumpur.

Keadaan itu membuatkannya nekad untuk pulang ke ibu kota selepas anak-anaknya berulang kali bertanyakan tentang bapa mereka pada 1 April, hari pertama PKP fasa kedua dikuatkuasakan.

Namun, apa yang didedahkannya menerusi aplikasi story di Instagram benar-benar mengejuutkan ramai sehingga menimbulkan tanda-tanya.

Seorang wanita berdiri berhampiran paparan panel penerbangan yang menunjukkan hampir kesemua penerbangan keluar negara telah dibatalkan berikutan PKP di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Gambar hiasan/Foto Bernama

“Sebenarnya tiket penerbangan kami bertiga pada 22 Mac tapi tak lepas sebab imigresen tak bagi lepas. 

“Jadi kali ni kita main ‘orang dalam’. Bos imigresen iaitu kawan ayah. Alhamdulillah, lepas juga kami balik Kuala Lumpur,” dakwanya dengan memuat naik tiket penerbangannya, sehingga menjadi tul4r.

 

Dimaklumkan bahawa dia hanya menghubungi pegawai imigresen untuk bertanya status kebenaran berlepas ke semenanjung dan bukannya menggunakan ‘orang dalam’ seperti yang didakwa.

MUHAMAD SADE

Bagaimanapun, Pengarah Imigresen Sabah, Datuk Dr Muhamad Sade Mohamad menafikan dakw4an berkenaan dan memberitahu bahawa mengikut peraturan imigresen semasa pelaksanaan PKP, individu atau rakyat Malaysia hanya perlu melalui pemeriksaan imigresen biasa sahaja apabila meninggalkan negeri itu.

“Dakwaan kononnya diberi pelepasan ke semenanjung kerana menggunakan ‘orang dalam’ iaitu ‘bos imigresen’ adalah tidak benar dan tidak berasas kerana berdasarkan peraturan yang ditetapkan semua warganegara Malaysia tidak dihalang untuk meninggalkan Sabah dan tidak perlu mendapat kebenaran khas dari pihak Imigresen.

“Jabatan Imigresen Sabah telah berhubung dengan penumpang berkenaan bagi mendapatkan penjelasan dan dimaklumkan bahawa dia hanya menghubungi pegawai imigresen untuk bertanya status kebenaran berlepas ke semenanjung dan bukannya menggunakan ‘orang dalam’ seperti yang didakwa,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Perkongsian seorang wanita yang menimbulkan kekecohan di media sosial.

Sementara itu, wanita berkenaan tampil membuat permohonan maaf susulan postingnya di laman sosial yang tular.

“Berhubung dengan satu posting yang viral dan menyentuh Jabatan Imigresen, saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada Jabatan Imigresen Tawau dan Sabah, khususnya.

“Apa yang sebenarnya berlaku ialah kesil4pan saya dalam penggunaan ayat atau kata-kata semasa menulis posting tersebut sehingga menimbulkan salah faham terhadap Jabatan Imigresen.

“Ini sesuatu yang tidak pernah terniat, maksudkan apatah lagi jangkakan. Tiada yang luar biasa mahupun wujudnya unsur salah guna kuasa atau rasuah dalam urusan penerbangan saya dari Tawau ke Kuala Lumpur,” katanya menerusi tulisan di halaman Facebook pada petang Jumaat.

Permohonan maaf wanita berkenaan.

Susulan permohonan maaf itu, Muhamad Sade menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika membuat kenyataan di media sosial agar tidak menyebarkan berita palsu boleh yang mencemarkan imej jabatan kerajaan sebagai pemberi perkhidmatan di barisan hadapan sepanjang tempoh PKP.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Kali ni kita main orang dalam, bos imigresen kawan my dad” – Wanita terbang dari Tawau-KL bawa 2 anak mohon maaf, silap guna ayat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*