‘Budak Lu Ke Man..’ Netizen Tidak Puas Hati Bila Ali Puteh Tegur Man Rajalawak Sebab Banyak Menderma

Sikap prihatin Man Raja Lawak yang hendak memberi bantuan kepada golongan kurang berkemampuan ketika wab4k Cov1d-19, merupakan satu usaha yang patut diberikan pujian. Jika sebelum ini, dia menyatakan hasrat untuk mendermakan RM50 ribu wang miliknya selepas menjuarai Maharaja Lawak Mega 2019.

Terbaru, pelawak tersebut telah memberi bayangan bahawa dia akan menjual kereta dan motornya demi membantu individu yang mempunyai masalah kewangan. Terbaik!

Menurut Man, sejak dari semalam dia menerima 5 ribu direct message (dm) daripada individu yang memerlukan bantuannya.

Tambahnya, kesemua mereka perlu diberikan bantuan walaupun jumlah wang yang diminta sedikit. Berkongsi mengenai perbualan mesej yang diterima, Man memberitahu bahawa rata-ratanya malu untuk meminta bantuan tetapi mereka terpaksa.

Hal tersebut membuatkan Man terasa sebak dan bertindak untuk menjual motor dan keretanya. Dia menyeru mana-mana pihak yang masih mempunyai wang untuk membeli kenderaanya itu dan wang tersebut mampu menambahkan jumlah sumbangan buat mereka yang memerlukan.

Satu posting telah dibuat oleh individu bernama Angah Jebat di laman sosial instagram. Tangkap layar tersebut menunjukkan Ali Puteh menegvr Man supaya buat baik dalam senyap dan tidak perlu dihebahkan.

Teguran Ali Puteh kepada Man Rajalawak menimbulkan rasa tidak puas hati netizen. Ramai yang telah membalas komen Ali Puteh.

Menurut Ali Puteh, kerja amal yang dilakukan oleh Man Rajalawak harus dibuat dengan senyap senyap. Tidak perlu minta pujian. Netizen sudah pun memberitahu Ali Puteh bahawa posting asal Man Raja Lawak ada menyebut supaya jangan memuji dia kerana takut sia sia di mata Allah SWT

Ali Puteh membalas komen komen netizen tetapi dengan cara yang agak kasar.

Rasanya semua ni adalah salah faham sahaja. Jika dibaca betul betul, Ali Puteh cuma menegvr Man supaya tidak perlu dihebahkan.

Harap perkara ini dapat diselesaikan dengan aman. Tidak perlu berbal4h sesama sendiri terutama dengan apa yang terjadi di dunia sekarang.

Insyallah semua akan dipermudahkan.

Artikel By: Viddy Media 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : http://transformasi.host

Apa komen anda?

Be the first to comment on "‘Budak Lu Ke Man..’ Netizen Tidak Puas Hati Bila Ali Puteh Tegur Man Rajalawak Sebab Banyak Menderma"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*