Netizen Dedah Syarat Pelik Pasukan Bola Sepak Selebriti Jika Mahu Main Bersama

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumukan pada tempoh hari oleh pihak kerajaan, pelbagai isu timbul di Malaysia melibatkan orang-orang kenamaan. Faktor terlalu banyak masa lapang barangkali?

Terbaru, seorang pengguna Twitter dengan nama Paish mendedahkan syarat pelik yang dikenakan sebuah pasukan bola sepak selebriti jika mereka mahu bermain bersama.

“Sediakan transport, hotel, makan serta duit tabung kelab”

Pasukan selebriti yang tidak didedahkan nama tersebut telah menyenaraikan permintaan mereka yang dilihat agak keterlalvan oleh netizen.

Malah, pasukan anonymous tersebut juga meminta pihak lawan untuk menyediakan padang, pengadil dan air minuman untuk mereka.

Melihatkan pendedahan ini, seorang lagi pengguna Twitter telah mendedahkan satu lagi pasukan bola sepak artis yang pernah diminta olehnya untuk bermain bersama.

“U all bayar pada Toq fc RM1,500”

Terang pihak Toq FC, duit tersebut akan digunakan untuk diberi kepada selebriti yang hadir sebagai token hadiah. 

Jika dilihat daripada perspektif lain, ada relevannya juga permintaan tersebut. Kehadiran selebriti sebagai pemain bola sepak akan memberikan publisiti kepada pihak lawan. Kenalah bayar kan? 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:- CARI

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Netizen Dedah Syarat Pelik Pasukan Bola Sepak Selebriti Jika Mahu Main Bersama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*