MAS4LAH rumah tangga yang sedang dihadapi tidak menghalang Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan menghulurkan bantuan kepada petugas barisan hadapan (frontliners).
Menurut PU Abu atau nama sebenarnya Mohd Abu Sufyan Mokhtar Rozaidi, dia memberi bantuan dari segi bekalan makanan secara peribadi kepada frontliners yang memerlukan di kawasan berdekatan kediamannya.
“Bantuan yang saya berikan itu, saya buat secara berseorangan tapi ada juga orang ramai yang turut membantu. Buat masa sekarang, saya hulurkan bantuan dari segi bekalan makanan untuk para fronliners.
Hana dedah hubungan dia bukan lagi isteri kepada PU Abu.
“Untuk anggota polis dan tentera yang bertugas di kawasan berdekatan serta petugas kesihatan di hospital yang memerlukan.
“Insya-Allah, dalam seminggu itu ada beberapa kali juga saya akan hantar bekalan makanan kepada mereka,” kata PU Abu ketika dihubungi mStar.
Tambahnya, tindakan dia berbuat amal adalah untuk memperbaiki kesilapan yang pernah dilakukan pada masa lalu.
“Sekarang saya nak fokus untuk memperbaiki mana yang lopong dalam hidup saya. Doakan saya ya” ujarnya.
Pada Sabtu, usahawan kosmetik Hana Azraa menegaskan hubungan dia dan Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan kini bukan lagi pasangan suami isteri.
Hana dan PU Abu mendirikan rumah tangga pada Mei tahun lalu dan mereka dikurniakan cahaya mata bernama Muhammad Uwais Al-Mateen pada 1 Februari.
Bagaimanapun, Abu enggan mengulas mengenai keruntvhan rumah tangganya itu.
Sebelum itu, PU Abu pernah mendirikan rumah tangga bersama Ain ‘Afini namun hubungan mereka terler4i pada 16 Mei 2019 apabila jatuhnya talk antara mereka.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Muhammad Adam Aysar yang kini berusia 10 bulan.
Kita yang duduk rumah ni kalau ada rezeki lebih bolehlah diberikan kepada mereka yang memerlukan.
PU ABU SUFYAN
PENCETUS UMMAH
Dalam pada itu, menerusi Instagram PU Abu ada meluahkan rasa syukur berkesempatan berkongsi rezeki kepada pihak yang terlibat menjadi barisan hadapan bagi memerangi penul4ran wab4k Cov1d-19.
Menerusi kapsyen tersebut, pendakwah bebas itu memberitahu dia melihat wajah petugas kelihatan penat namun masih teruskan perjuangan demi memastikan negara bebas daripada wab4k tersebut.
“Alhamdulillah sempena hari Jumaat yang mulia ni berkesempatan memberikan sedekah makanan kepada pihak yang terlibat dalam menjadi #frontliners yangberjuang dalam menghadapi #Cov1d19.
PU Abu mengajak golongan berkemampuan untuk turut menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.
“Mereka sangat menghargai walaupun hanya ada nasi dan lauk yang boleh mereka boleh jadikan santapan ketika berehat. Aku nampak terpancar dari raut wajah mereka kepenatan namun tetap berjuang untuk memastikan Malaysia bebas daripada wab4k ini.
“Kita yang duduk rumah ni kalau ada rezeki lebih bolehlah diberikan kepada mereka yang memerlukan. Kita mudahkan urusan orang Allah akan mudahkan urusan kita, kita buat org rasa bahagia Allah akan berikan kebahagiaan kepada kita.
“Kalau tak mampu cukuplah mungkin kita berdoa buat mereka kerana Nabi pernah bersabda kita mendoakan kebaikan buat orang Malaikat akan mendoakan kebaikan yang lebih buat kita,” tulisnya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: MSTAR
Be the first to comment on "“Saya nak fokus perbaiki mana yang lop0ng dalam hidup saya” – PU Abu"