Dalam satu entri di Instagramnya, penyanyi dan pelakon yang lahir daripada program realiti Akademi Fantasia berkongsi satu video dan cerita di sebaliknya.
Menurut Nonny, video tersebut adalah ketika dia membuat persembahan pada sebelah pagi, sehari selepas dia dicer4ikan.
“Don’t simply judge! Apa yang saya belajar tentang Islam adalah Islam itu indah & mudah. Tapi bukan bermakna kita boleh ambil mudah.
“Cantik tak saya freehair? Saya boleh pilih untuk sentiasa kelihatan cantik di mata manusia, s3exy, jadi macam penyanyi kpop, makeup 24 jam, ya saya pernah berada di situ,” tulis Nonny.
Tambah Nonny, apa yang dimiliki adalah milik Allah, lalu kenapa kita perlu melawan perintahnya. Ada sebab kenapa Allah perintahkan supaya menutup aurat.
“Dikira saya pilih jalan untuk kembali ke fitrah masa nama meningkat naik, tapi saya tak pernah menyes4l.
“Sebab saya t4kut dengan Allah. Cantik macam mana pun ini semua mainan dunia, makin hari kita makin tua. Entah sempat atau tidak untuk bertaubat.
“Sekarang saya dah jadi mokcik2 tapi saya gembira! Inilah ketenangan yang saya cari selama nie. Hidayah itu mahal. Paks4 & latih diri untuk berubah ke arah yg lebih baik, tulis Nonny panjang lebar.
Tambah Nonny lagi, dia masih berada di fasanya tersendiri dan hanya Allah Maha Mengetahui.
“Lepas balik dari umrah saya diuji dengan terbolak-baliknya hati ini. Sebab tu kita dipesan jangan tinggal solat dan hari demi hari saya bagi masa kepada diri saya untuk memperbaiki diri, bukan disebabkan makhluk tapi kerana Lillahi Ta’ala.
“Janganlah dike3ji atau dikec4am selepas ini jika masih ada kekurangan dari diri saya. Kita semua manusia biasa. Tidak lari dari melakukan kesilapan,” tulis Nonny.
Menurut Nonny, tidak menjadi masalah untuk menegurnya tapi biarlah dengan cara dan adab yang betul.
“Perlahan-lahan, tapi pasti, dengan izin Allah saya akan ke arah lebih baik.
“Jangan hanya suruh saya, tapi tunjukkan pada saya. Anda lebih baik daripada saya,” tulis Nonny.
Nonny pernah berkahwin pada Mac 2018 bersama seorang penerbit di sebuah stesen televisyen, namun perkahwinannya itu bertahan tidak sampai setahun.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : Gempak
Be the first to comment on "“Pagi Kena Perform, Petang Semalam Baru Kena Cer4i! Korang Rasa?” – Nonny Kngsi Kisah Peribadi"