“Macam Tak Percaya Je Anzalna Basuh Baju Pakai Tangan…” – Anzalna Nasir Dedah Rutin Harian #StayAtHomeChallenge

Aktres jelita Anzalna mendedahkan aktiviti harian yang dilakukannya di rumah menerusi sebuah video di Instagram.

Menurut Anzalna, dia dan suaminya, Hanif Zaki tidak mempunyai masalah dengan ketiadaan pembantu rumah kerana mereka mampu menguruskan urusan seharian dengan baik.

“Kehidupan seharian kami, no maid no problem! Nak Eidrees tahu walaupun Mommy pernah dapat anugerah Most Glam tapi di rumah Mommy jadi bibik!

“Hahahaha tak apa la, yang penting hanya tangan Mommy dan Daddy yang membesarkan Eidrees, cuba korang buat pula,” tulis Anzalna di ruangan kapsyen.

Anzalna turut meletakkan ‘hashtag’ #StayAtHomeChallenge di bahagian akhir kapsyen tersebut

Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Anzalna di ruangan komen.

Rata-rata mereka memuji Anzalna masih kelihatan cantik meskipun sedang melakukan kerja rumah, malah ada juga yang seakan tidak percaya melihat pelakon kesayangan mereka itu membasuh baju menggunakan tangan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on " “Macam Tak Percaya Je Anzalna Basuh Baju Pakai Tangan…” – Anzalna Nasir Dedah Rutin Harian #StayAtHomeChallenge"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*