Walau Pun Gementar Tapi Bahagia! Zara Zya Kongsi Cerita Dah Jumpa Pengganti, Carta Teratas Di Hati

Mencari pasangan hidup bukan lah perkara mudah seperti mana shopping di pasaraya. Sedangkan mencari sehelai baju berjam-jam lamanya, ini kan pula soal jodoh. Sesetengah berpendapat bahawa mencari pasangan ibarat seperti memperjud1kan nasib sendiri.

Jika jackpot alangkah bahagianya hidup tetapi jika sebaliknya, sampai ke tua menyesal tak sudah. Pelakon cantik Seadanya Aku, Zara Zya pernah mengikat tali pertunangan dengan Hafreez Adam pada Oktober tahun lalu.

Walau bagaimanapun hubungan mereka hanya sempat bertahan untuk tiga bulan sahaja. Tidak didedahkan secara terperinci punca sebenar namun kedua mereka dilihat redha dengan ujian tersebut.

Sumber Instagram

ZARA ZYA UMUM DAH JUMPA BUAH HATI BARU

Dalam perkembangan terbaru, dikhabarkan Zara Zya telah pun menemui pengganti hati. Dia kini sedang menikamati saat bahagia dengan orang tersayang. Perkhabaran ini dijelaskan sendiri tuan punya badan menerusi laman Instagram beberapa jam yang lalu.

Namun, Zara tidak mendedahkan secara terperinci identiti jejaka yang berjaya menawan hatinya. Cukup lah sekadar peminat tahu yang dirinya tidak lagi keseorangan dan dalam proses mengenal hati budi masing-masing.

Pelakon cantik ini ada memberi gambaran bahawa jejaka berkenaan bukan lah dari orang seni atau pelakon.

PEMINAT TURUT RASA BAHAGIA, DOAKAN YANG TERBAIK

“Walaupun bidang kita berlainan. Walaupun pelbagai watak yang saya lakonkan. Walaupun berbagai hero yang pernah bergandingan dengan saya, namun awak antara yang teratas dihati saya. Terima Kasih terima saya seadanya. #imsohappyrightnow.” Tulis gembira Zara Zya.
Sumber Instagram

Ianya mencetuskan reaksi tanda tanya ramai peminatnya tentang gerangan jejaka berkenaan. Ramai tak menyangka dalam diam menjalinkan hubungan cinta. Apa pun mereka tetap gembira dengan perkhabaran baik ini dan mendoakan kebahagiaan buat Zara Zya.

Tahniah penulis ucapkan buat Zara Zya. Jadikan kegagalan dalam hubungan yang terdahulu sebagai pengajaran dan menambah baik untuk masa depan. Semoga jodoh ini berkekalan sehingga ke jinjang pelamin.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Info Meecks

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Walau Pun Gementar Tapi Bahagia! Zara Zya Kongsi Cerita Dah Jumpa Pengganti, Carta Teratas Di Hati"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*