3 Hari Dem4m, Shahir Kec3wa Dih4lau Dari Hospital

Sejak semalam tular video di media sosial memaparkan penyanyi Shahir AF yang meluahkan rasa kes4l terhadap segelintir petugas di sebuah hospital di Shah Alam yang enggan melayannya untuk berjumpa doktor.

Menerusi video tular itu, Shahir memberitahu atas rasa tanggungjawab dia menggagahkan diri memandu ke hospital pada jam 2 pagi dan perlu melalui dua sekatan jalan raya untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut selepas mengalami dem4m selama dua hari.

“Saya bertanggungjawab datang seorang diri dari rumah sebab saya sudah tak tahan dem4m sudah 2 hari. Kalau bukan kecemasan saya takkan datang. Saya nak minta KKM berrtanggungjawab sebab diarahkan balik dan perlu ke klinik kesihatan pagi esok.

“Sepanjang perjalanan saya hampir muntah, nak pitam dan hampir kemalangan. Saya datang sebab saya betul-betul s4kit sebab itu saya datang.

“Kalau dem4m itukan simptom Cov1d-19, saya duduk sendirian kalau apa-apa jadi saya tak sedarkan diri siapa yang tolong?” katanya.

Difahamkan, video itu dirakam oleh Shahir ketika berada di perkarangan unit kecemasan hospital, namun diarah pulang oleh petugas yang menjaga di luar pintu utama. Malah, Shahir juga diarah untuk tidak merakamkan sebarang bentuk visual.

Dalam pada itu, Shahir berkata dia tidak niat untuk memburukkan mana-mana pihak tetapi tindakannya itu adalah untuk mewakili individu lain yang turut menerima nasib sama. Ujarnya lagi, dia sudah terlebih dahulu membeli ubat dari farmasi ekoran kesihatannya merosot.

“Saya sebenarnya sudah 2 hari dem4m, makan enam biji Panadol Actifast dan 3 biji ibuprofen.

Malam ini saya rasa badan terlalu panas dan tak boleh tidur, jadi saya paksa diri keluar sebab saya t4kut tak sedar esok.

“Saya tak diizinkan langsung jumpa doktor. Saya datang sebab betul-betul sakit. Saya datang serah diri, tak boleh ke tolong periksa saya? Takkan tak ada sedikit tolak ansur, jadi saya minta tolonglah ambil berat kepada insan yang memerlukan,” rayunya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 

Sumber: Hmetro

Apa komen anda?

Be the first to comment on "3 Hari Dem4m, Shahir Kec3wa Dih4lau Dari Hospital"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*