Video Mira Filzah akui sudah berpunya tular buat ada yang ‘kec3wa’

Siapa saja yang tidak kenal dengan pelakon wanita terlaris di Malaysia ini, Mira Filzah atau nama penuhnya Nur Amirah Filzah binti Badioezaman.

Wajahnya yang sering menjadi pilihan dalam drama popular tempatan membuatkan Mira Filzah sentiasa menjadi tumpuan ramai. Apatah lagi, dirinya yang mempunyai rupa paras jelita dan manis bertudung membuatkan peminat menyukai selebriti ini dimana bakat lakonannya juga tidak perlu din4fikan lagi.

Walau bagaimanapun, selain perkembangan dalam kerjayanya sebagai pelakon, usahawan dan pengacara namun kehidupannya yang acap kali menjadi teka-teki mengenai ‘jodoh’ juga tidak dapat lari daripada selebriti berusia 27 tahun ini.

Pun begitu, ada dakwaan mengatakan bahawa pelakon ini sudah menemui ‘seseorang’ malah dikatakan bakal menamatkan zaman bujangnya pada Oktober ini.

Meskipun tidak memberikan kenyataan rasmi mengenai hal itu, terbaru spekvlasi itu dikatakan telah terjawab mengenai statusnya apabila dalam satu perkongsian bual bicara santainya bersama Ustazah Asma’Harun tersebar.

Mira Filzah akui sudah berpunya cvri tumpuan ramai

Melalui video yang turut dikongsikan di Instagram Era.je dapat diperhatikan apabila Mira Filzah menjawab soalan yang diajukan oleh Ustazah Asma tentang teman lelaki dan pertunangan.

“Iya… dah berpunya! Bertunang? Kiranya tapi sudah berjumpa dan berbincang sesama keluarga,” jawabnya dengan ringkas.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Confirm ramai lelaki patah hati lepas dengar jawapan dari @mfmirafilzah ni. 😂😂 #sharERA #DudukRumah #Kekaltenang #hapusCOVID19 #Kamicare

A post shared by ERA – Muzik Hit Terbaik (@era.je) on

Video mengenai pelakon jelita ini seperti biasa sentiasa menjadi tumpuan ramai selain meraih ribuan tontonan, Mira Filzah juga menerima hampir dua ribu komen yang ada diantaranya juga merasa kec3wa kerana selebriti ini sudah berpunya.

Reaksi ramai

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Instagram Mira Filzah, Era.je via HCL

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Video Mira Filzah akui sudah berpunya tular buat ada yang ‘kec3wa’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*