Berkeliaran waktu PKP. Kisah kanak2 ini mendapat perhatian Mufti Perlis

Sudah berkali-kali kita diingatkan untuk berada di rumah sahaja sepanjang tempoh PKP dijalankan, sebagai usaha untuk memutuskan rantaian Cov1id-19, namun sehingga kini masih ramai lagi yang berd3egil.

Baru-baru ini, tular sebuah video di Facebook memaparkan sekumpulan kanak-kanak sedang berkeliaran di luar, telah didatangi oleh seorang anggota polis yang menegur tindakan mereka berkeliaran di waktu PKP.

Menangis kena sergah dengan p0lis

Di dalam rakaman yang berdurasi 2 minit 46 saat, dilihat sekumpulan kanak-kanak itu menangis ket4kutan selepas disoal dan diberitahu oleh anggota p0lis tersebut, untuk membawa mereka semua ke balai p0lis.

Bagaimana pun, di pertengahan video anggota polis itu perasan terdapat salah seorang daripada mereka membawa bakul berisi kentang goreng untuk dijual. Justeru, anggota itu telah membeli kesemua jualan kanak-kanak itu.

Terbaiklah abang polis

Pendekatan anggota polis tersebut dipuji netizen,dalam bersikap teg4s masih lagi ditunjukkan sifat murni untuk menolong kanak-kanak ini.

Video kanak-kanak yang tvlar di media sosial tersebut telah mendapat perhatian Mufti Perlis. Berikut coretan Dr Asri di facebook milik beliau yang mengusik jiwa pembaca

“Saya menonton video ini, saya dapati ada beberapa sisi yang menarik.

Pertama, pegawai PDRM berkenaan telah menjalankan tugas dengan baik. Memberi am4ran dan juga memberikan maklumat kepada anak-anak yang kita kasihi ini. Itu semua untuk kebaikan mereka juga.

Kedua, dalam masa yang sama juga beliau memenuhi nilai insani yang tinggi sebagai seorang insan dengan membeli jualan anak tersebut. Saya percaya beliau tidak memerlukannya tapi sebagai tanda kasih dan simpati. Terasa sebak apabila melihat sikap yang mulia itu. Marilah kita doakan agar ALLAH memberikan beliau rezeki yang luas.

Ketiga, di sudut anak-anak tersebut, dari penampilan mereka, kita lihat tersangat sederhana kehidupan yang mereka sedang lalui. Tanpa kasut di kaki dan pakaian yang amat biasa. Mungkin mereka juga tiada hiburan seperti kebanyakan anak-anak kita. Alam adalah kehidupan mereka. Saya percaya ALLAH memberikan kegembiraan dunia kanak-kanak mereka mungkin melebihi sebahagian besar anak-anak orang di bandar. Kegembiraan itu boleh hadir dalam pelbagai rupa.

Namun, zahirnya, mereka dalam keadaan yang sukar dari segi kebendaan. Barangkali peristiwa itu menjadi kenangan dalam hidup mereka. Marilah kita doakan agar ALLAH memberikan masa depan yang baik untuk semua anak-anak tersebut.”

I1ngkar PKP: D3nda RM1,000 terlampau rendah, masih ramai i1ngkar – Ismail Sabri

Dalam pada itu Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan untuk menaikkan kadar kompavn dan d3nda terhadap mereka yang i1ngkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) daripada kadar sedia ada iaitu RM1,000.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan serius untuk membuat pertimbangan semula memandangkan jumlah mereka yang dit4han masih tinggi walaupun telah memasuki hari ke-24 PKP.

Selain menaikkan kadar kompavn serta d3nda, beliau berkata, tempoh hukvman p3njara juga perlu dipanjangkan agar ia menjadi pengajaran kepada rakyat Malaysia yang lain.

“Kalau lihat di Singapura, (berkuat kuasa) 17 april ini, hvkuman pes4lah pertama adalah SD10,000 (RM30,492), kes4lahan kedua SD20,000 (RM60,948). Di Korea Selatan, kes4lahan pertama sekali pun RM35,000. Di Indonesia kalau tak silap saya 300 juta rupiah (RM82,000).

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Kasi Share

Sumber : MB/Slamber Media

 

 

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Berkeliaran waktu PKP. Kisah kanak2 ini mendapat perhatian Mufti Perlis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*