Netizen Saja Komen Nak Perl! Pasal Zarina Anjoulie Sam4n RM4 Juta, Sekali Amyza Aznan Balas

Hari ini pelakon kntroversi Zarina Anjoulie Lavocah menuntut permohonan maaf dan pampasan sebanyak RM4 juta daripada pelakon, Emelda Rose dan Amyza Aznan yang dikatakan menjatuhkan reputasinya di beberapa platform.

Difahamkan Zarina menuntut permintaan maaf dan pampasan sebanyak RM4 juta kerana menjatuhkan reputasinya melalui muat naik di media sosial dan komen-komen berb4ur fitn4h mengenai dirinya di Telegram dan Instagram.

Selain itu Zarina juga menuntut sebanyak RM3 juta dari Amyza Aznan dan RM1 juta dari Emelda Rose.

Geng bawang mula ‘serbu’ IG Amyza

Susulan berita tesebut yang tular sejak hari ini, netizen dan pengikut-pengikut kedua pelakon tersebut mula membanj1ri komen di akaun Instagram Zarina dan Amyza bagi mengetahui cerita terbaru.

Menerusi satu entri dimuatnaik oleh Amyza, seorang netizen telah menulis komen berbavr prov0kasi yang sengaja mahu mempersenda pelakon tersebut.

” 4 juta waww tebeliaq mata naaa” tulis individu terbabit yang dipercayai menggunakan ID palsu.

Tidak berdiam diri, Amyza lantas membalas komen individu terbabit, “Kalau bod#h jangan tunjuk kat sini..moo..”

Terdapat segelintir individu lain turut menulis komen ‘4 juta’ sebagai merujuk kepada tuntutan pampasan RM4 juta yang difailkan oleh Zarina, namun tidak dilayan Amyza.

Antaranya menulis “Dah dapat surat saman dari lawyer Anju ke belum tuu?”

Sementara itu menerjah akaun Instagram Zarina atau lebih mesra dipanggil Anju itu, beliau sekadar memuatnaik ker4tan berita berkenaan tuntutan pampasan tersebut.

Rata-rata pengikut Anju juga menulis komen mendoakan agar kemenangan kes itu berpihak kepadanya.

” Semoga kemenangan di pihak anju..kita akan doakan anju. Pertahankan demi kebenaran Anju…Orang baik di sayang Allah…” komen Aida

Penjelasan peguam Zarina

Terdahulu peguam Zarina yang mengendalikan kes itu, Nurul Hafidzah Hassan, berkata, tindakan itu diambil kerana dua pelakon itu melakukan penyiaran komen-komen yang tidak tepat dan merosakkan reputasi Zarina.

” Surat-surat tuntutan itu dihantar hari ini melalui firma guaman NHA Advocates and Solicitors dan dia juga memohon kedua-dua individu itu untuk berhenti menulis dan menerbitkan apa-apa bentuk tulisan mengenai dirinya,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah Hafidzah, pihak anak guamnya akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas dalam masa tujuh hari.

” Kami akan mengambil tindakan undang-undang yang diperlukan jika surat tuntutan tersebut tidak dijawab dalam masa tujuh hari,” katanya.

Zarina digambarkan sebagai individu yang jahat dan tidak bermoral kepada orang ramai, dan mengalami travma disebabkan ins1den ini.

Emelda Rose dan Amyza Aznan tidak mempunyai sokongan fakta ketika mereka berulang kali menuduhnya dan menerbitkan muat naik dan komen-komen yang merujuk kepadanya sebagai seorang yang bertanggungjawab menimbulkan kebenc1an warganet terhadap mereka.

Hakikatnya, terdapat banyak komen yang dikeluarkan oleh mereka berdua yang memalukan Zarina Anjoulie melalui penyebutan nama (name calling) dan perbuatan memalukan badan (body shaming).

Usaha Harian Metro untuk mendapatkan kenyataan daripada Zarina masih belum berhasil.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Malaysiaunited

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Netizen Saja Komen Nak Perl! Pasal Zarina Anjoulie Sam4n RM4 Juta, Sekali Amyza Aznan Balas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*