Izara Aishah Bersalin, Siti Panjatkan Kesyukuran … “Alhamdulillah, Makin Bertambah Ahli Keluarga Kita”

Pelakon Izara Aishah telah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram pada Rabu.

Khabar gembira itu dikongsikan ibu mentuanya, Datin Seri Tengku Zawiyah menerusi Instagram Stories.

“Alhamdulillah dan tahniah kepada kami. Cucu kami telah selamat dilahirkan hari ini.

“Semoga Allah merahmati puteri kesayangan kami dan saya pasti Izara akan menjadi ibu yang terbaik,” tulis Zawiyah.

Perkara sama turut dikongsikan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mengulangsiar Instagram Stories Zawiyah.

“Alhamdulillah… makin bertambah ahli keluarga kita,” tulis Siti ringkas.

Izara telah mendirikan rumah tangga bersama anak diri Siti, Adib Khalid pada 17 November 2017 dan mengumumkan h4mil enam bulan pada 1 Januari 2020.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Gempak

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Izara Aishah Bersalin, Siti Panjatkan Kesyukuran … “Alhamdulillah, Makin Bertambah Ahli Keluarga Kita”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*