Bella Astillah kini hamil dan dah rujuk dengan Aliff Aziz?

PELAKON dan penyanyi Bella Astillah seakan-akan memberi bayangan hubungan dia dan penyanyi Aliff Aziz sudah kembali rujuk sebagai suami isteri.

Menerusi temu bual bersama radio Suria FM, penyampai Suria Petang iaitu Tyzo dan Sharifah Shahirah bertanyakan kepada Bella khabar angin mengenai statusnya dengan Aliff.

Biarpun Bella hanya mendiamkan diri, namun pasangan penyampai segmen itu meluahkan rasa syukur kononnya pasangan itu sudah rujuk kembali.

Bella enggan berkongsi mengenai kehidupan peribadinya dengan Aliff.

Menurut Bella, dia hanya ingin menghormati kedua-dua belah keluarga memandangkan situasi kr1sis penularan w4bak C0vid-19 yang sedang melanda.

“Dah lama berbaik. Saya hormati kedua-dua permintaan keluarga. Dalam masa tidak sesuai dengan keadaan sekarang, banyak benda penting nak uruskan dan fokus,” katanya.

Sesi temu bual Sharifah Shahirah dan Tyzo bersama penyanyi lagu Tenang itu disiarkan pada pukul 4.42 petang, Rabu dalam satu panggilan telefon.

 

Dalam masa tidak sesuai dengan keadaan sekarang, banyak benda penting nak uruskan dan fokus

BELLA ASTILLAH

PELAKON DAN PENYANYI

Menerusi laporan mStar pada 17 April lalu, Bella memilih untuk tidak lagi berkongsi mengenai hal melibatkan kehidupan peribadinya kepada umum.

Kata Bella, dia tidak berniat untuk men1pu namun hanya belajar daripada kesil4pan lalu yang terlalu terbuka berkongsi semua perkara peribadi di laman sosial sehingga menyebabkan dirinya dikec4m.

Dalam pada itu, Sharifah Shahirah dan Tyzo turut mengajukan soalan kepada Bella mengenai sp3kulasi yang mengatakan dirinya kini sedang berbadan dua.

“Berapa bulan dah Bella? Ada yang kata begitu sebab nampak seri mengandung dah ada. Kalau betul, seronoklah kami. Dah check, scan jantina ke?” seloroh Tyzo.

Sharifah Shahirah dan Tyzo mengendali segmen Suria Petang tanpa Suraya yang kini sedang berpant4ng selepas melahirkan anak.

Bagaimanapun, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah hanya meluahkan rasa syukur dan mengharapkan semua orang mendoakannya.

“Alhamdulillah. Doakan Bella,” katanya ringkas.

Aliff dan Bella berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun.

Pasangan itu mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei tahun lalu selepas abang kepada penyanyi Aisyah Aziz itu beberapa kali kant0i cvrang.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber  : Mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Bella Astillah kini hamil dan dah rujuk dengan Aliff Aziz?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*