Tampil bela Ebit Lew, sekali kena Kec4m. Lihat jawapan sempoi Pu Abu

Walapun ada pihak yang cuba memperkecil-kecilkan usaha Ustaz Ebit Liew dan tidak kurang juga yang memandang serong.

Namun begitu  ramai lagi  ilmuan yang memberikan sokongan dan berdiri teguh di belakang Ustaz Ebit Liew, seorang mualaf yang berusaha membantu tak kira siapa demi agama Islam.

Terbaru, Pu Abu juga tampil memuat naik satu video dakwah mengenai  kebaikan yang dilakukan oleh Sutaz Ebit. Menurut PU Abu, kita boleh gunakan media sosial untuk menyebarkan dakwah dan kebaikan. Bahkan kita dapat mengajak lebih ramai lagi untuk melakukan perkara yang sama

“Dengarkan dan sebarkan ‼️ Jgn kita jd asbab menghalang orang lain buat baik.Moga Allah beri kekuatan dan ketabahan buat Ustaz ebitlew” Tulis PU Abu

Perangai Sama

Namun begitu, ada juga netizan yang menyamakan perangai Ustaz Abu Sayqfiq dengan PU Abu kerana mereka juga kebetulan mempunyai nama pangkal yang sama iaitu ‘Abu’. Namun dengan tenang, PU Abu membalas komen tersebut dengan merendah diri. Memang sempoi Pu Abu. Makin matang

Seorang netizen  menulis, “Nama sama macam kau Abu, perangai pun lebih kurang”. Tapi jawapan balas PU Abu memang sempoi habis “Moga Allah Ampuni aku”

Walapun ada yang meng3cam Ustaz Ebit, Pelbagai pihak terus tampil memberi sokongan terbuka kepada Ustaz Ebit. Antaranya Yusuf Azmi, PU Amin, PU Azman, Ketua Skuda Badar, Puteri Umno dan Mufti Perlis

Ketua Kuad Badar Bersuara

Ketua badan bertindak Islam yang dikenali sebagai Skuad Badar, Azhar Mohamad memuat naik satu status meng3cam Ustaz-ustaz yang tidak senang dengan cara yang di tonjokan oleh Ustaz Ebit. Azhar juga memberi no telefon beliau untuk dihubungi jika masih ada lagi mereka yang tidak berpuas hati.

Menurut Azhar lagi, dai mengesa supaya tiada pihak yang cuba menganggu kerja-kerja amal yang dilakukan oleh Ustaz Ebit. Rakan-rakan NGO Islam sangat menghargai titik peluh dan usaha murni Ustaz Ebit. Akhir sekali, Azhar meningglakan pesanan ini kepada Ustaz yang sak1t hati dengan Ustaz Ebit

PERHATIAN:

Kepada Ustaz2 yang tidak puas hati dan tidak senang dengan cara Ustaz Ebit Liew, mai tel saya dan saya bagi 2 Nombor 013-5193630 dan 01111892630 kedua-duanya adalah nombor saya, jangan dok ganggu semangat Ustaz Ebit Liew buat kerja membantu warga, sebab saya dan rakan-rakan NGO Islam hargai titik peluh Ustaz Ebit Liew dan semangat kami bersatu dalam perjuangan DEMI WARGA.

Akhir kalam nasihat saya kepada Ustaz Ustaz yang tidak senang dengan cara Ustaz Ebit Liew….”janganlah mengundang mazmumah untuk tinggal dalam hati kamu, takut-takut ianya akan bersahabat dengan Hubbun Dunia dan sukar untuk dihakis dan membuatkan kamu mat1i dalam lakonan”, fahamilah kata-kata saya ini.

Yusuf Azmi Hubungi Ustaz Ebit

Melihat ada pihak-pihak tertentu yang kurang senang dengan beberapa tindakan Ustaz Ebit. Yusuf Azmi telah menghubungi sahabat baiknya itu untuk bertanya khabar. Menurut Yusoff Azmi, dia memuji sikap baik Ustaz Ebit yang sentiasa memaafkan semua orang

“Alhamdulillah saya baru lepas bertanya Khabar dengan Ustaz Ebit Lew . Beliau dalam perjalanan ke Pulau Pinang.

Seperti yang kita tahu ada beberapa perkara yang sedang berlaku keatas beliau, dengan hati yang baik beliau sentiasa memaafkan. Beliau juga meminta orang ramai mendoakan perkara baik-baik kepada mereka yang mengecam usaha-usaha beliau.

Allah sayang… jangan kita mudah berputus asa.”

PU Amin

“Ajar hati untuk sangka baik. Biar sentiasa tenang dan bahagia. Jadikan penglihatan kita seperti mata lebah,mencari madu dan penawar walau ditempat sampah,bukan seperti mata lalat yang suka melihat kotoran walau dimana dia berada.”

“Moga Allah Beri Kekuatan Kepada Ustaz Ebit Liew” – PU Azman

Dalam satu perkongsian di Instagram miliknya, PU Azman turut mendoakan semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada Ustaz Ebit Liew untuk meneruskan usahanya.

“Moga Allah beri kekuatan kepada Ustaz Ebit Liew.

“Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali.

“Ayat dalam post di atas ialah ayat 271 Surah Al Baqarah.

“Jika kita melihat seseorang memperlihatkan perbuatan sedekahnya atau sebarang perbuatan baik, pendirian pertama kita ialah bersangka baik.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ.

Maksud :”Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan bersangka (kecurigaan), kerana sebahagian dari bersangka itu d0sa”. (Surah Al Hujurot ayat 12).

Tambah PU Azman, Allah mengendalikan hati seseorang dan pasti ada sebab kukuh dia memperlihatkan sedekahnya.

“Antaranya ialah untuk mendidik masyarakat agar termotivasi untuk turut sama bersedekah dan membantu.

“Sebab kedua ialah sebagai melaksanakan amanah dalam menyalurkan dengan jujur setiap derma yang diterimanya dari orang ramai,” tulis PU Azman.

Tambahnya lagi, dalam hal ini Ustaz Ebit Liew, Dato Alif Syukri dan sesiapa saja yang rajin kita tengok memberi infaq, insyaAllah adalah wakil ummah untuk mengembangkan sebuah empayar infaq.

“Siapa Ikhlas, Siapa Riyak?-Dr Maza

Hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui mengapa seseorang mempertontonkan sedekahnya. Jika dia ikhlas, dia mendapat pahala. Jika dia riy5k, dia mendapat dosa dan tiada pahala. Namun, sama ada dia ikhlas atau dia riyak, orang yang memerlukan akan mendapat sesuatu pemberian daripadanya. Apabila yang kesusahan mendapat keperluan, bebanan fardhu kifayah kita menjadi kurang. Maka, bukan masalah kita jika seseorang itu ikhlas atau riyak dalam pemberian peribadinya. Serahkan urusan itu kepada ALLAH. Ia bukan urusan kita. Ia urusan seseorang dengan tuhannya.

Jika kita ingin memberikan peringatan, berilah peringatan umum tentang bab ikhlas dalam amalan. Itu untuk ingatan semua tanpa perlu menilai manakah individu yang ikhlas atau yang riy4k. Hal sanubari insan penuh keajaiban. Ia rahsia insan dengan Tuhan.

Jangan p4tahkan semangat Ebit Lew, kata Puteri Umno

Ketua Pergerakan Puteri Umno, Zahida Zarik Khan berpandangan semua pihak tidak perlu berprasangka negati1f dengan mengec4m individu mahu pun persatuan yang cuba menghulurkan bantuan kemanusiaan ketika negara menghadapi wab4k Covi1d-19.

Menurut Zahida ini termasuklah kerja amal yang dilakukan oleh pendakwah bebas, Ebit Lew.

“Kerja amal yang dibuat oleh Ustaz Ebit Lew amatlah dialu-alukan kerana tidak mungkin satu pihak mampu melakukan semua perkara.

“M4langnya saya terbaca ada juga segelintir pihak kurang senang dengan kebaikan yang dilakukan.

“Apa jua alasan, kita seeloknya tidak ada sifat negatif hingga ada rasa siapa lebih baik atau siapa lebih layak menghulurkan bantuan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook bertajuk ‘Jangan patahkan semangat Ebit Lew’.

Zahida tidak merujuk mana-mana pihak yang dikatakan kurang senang terhadap bantuan yang diberikan oleh Ebit Lew kepada mereka yang memerlukan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: M.B

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Tampil bela Ebit Lew, sekali kena Kec4m. Lihat jawapan sempoi Pu Abu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*