Selepas Dipanggil Ke Pejabat Polis Bukit Aman Ini Keputusan Pihak Polis Kepada Ustaz Ebit Lew

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan pendakwah terkenal, Ebit Lew diberi kebenaran untuk memberi sumbangan keperluan terutama makanan kepada golongan tidak berkemampuan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata pihaknya tidak pernah menghal4ng pendakw4h itu untuk berbuat demikian selagi beliau mematuhi garis panduan ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Setakat ini, tiada sebarang kertas siasatan akan dibuka terhadap pendakwah itu.

“Bagaimanapun, polis ingin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh dikecualikan daripada tind4kan undang-undang ke atas sebarang pelanggaran berkaitan pelaksanaan PKP,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, Ebit Lew dipanggil memberi keterangan berikutan reaksi orang ramai berhubung tindakannya memaparkan aktiviti kebajikannya ketika PKP.

Berdasarkan pemerhatian orang ramai memberi respon positif dan ada terdapat juga yang tidak senang dengan aktiviti berkenaan.

Kontroversi yang tercetus mengenai perkara ini memaksa polis untuk mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan kekal terpelihara.

“Dalam melaksanakan apa juga aktiviti orang ramai dinasihatkan mengamalkan penjarakan sosial, penggunaan topeng muka dan mula serta menggunakan pencuci tangan,” katanya.

Semalam, Ebit Lew dilaporkan berkata, tidak lagi akan memberi bantuan orang tidak berkemampuan secara langsung.

Pendakwah itu berkata, pendirian terbabit diambil selepas dipanggil ke Bukit Aman semalam, bagi memberi keterangan berhubung laporan beberapa pihak yang mempertikaikan khidmat bantuannya yang tular di media sosial.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: BH

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Selepas Dipanggil Ke Pejabat Polis Bukit Aman Ini Keputusan Pihak Polis Kepada Ustaz Ebit Lew"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*