Rupanya Dah Rujuk Semula. Bella Astillah Ditanya Macam Mana Kalau Aliff Buat Hal Lagi, Ini Jawapan Bella

” Ya saya (berbadan dua) doakan Bella tau”

Itu pengakuan penyanyi Bella Astillah yang mengesahkan dia dan Aliff Aziz sudah kembali rujuk sebagai suami isteri ketika mereka masih dalam edah.

Bella menerusi Instagram turut mengakui dirinya kini sedang hamiI.

Bella membalas komen netizen yang bertanyakan mengenai hubungannya dengan Aliff.

” Alhamdulillah masih dalam edah lagi (rujuk) jadi tak perlu kahwin semula” ujarnya menjawab beberapa soalan netizen.

Rabu lalu, Bella memberi bayangan hubungannya dengan penyanyi Aliff Aziz sudah kembali rujuk sebagai suami isteri.

Menerusi temu bual bersama radio Suria FM, penyampai segmen Suria Petang Tyzo dan Sharifah Shahirah bertanyakan khabar angin mengenai statusnya dengan Aliff.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Tenang ini hanya mendiamkan diri.

Netizen tanya kalau Alif buat lagi macam mana?

Sementara itu, menjawab komen netizen tentang perangai Aliff Aziz yang sering menimbulkan pelbagai masalah, Bella berkata, dia hanya bertawakal kepada Allah.

” Itu hanya Allah SWT sahaja yang tahu, saya jalani, tawakal dan hanya mampu merancang kerana Allah yang menentukan”

” Kenangan pahit akan jadi pengajaran hebat buat semua. Terima kasih atas doa, ” ujar Bella..

 

Biarpun Bella hanya mendiamkan diri, namun pasangan penyampai segmen itu meluahkan rasa syukur kononnya pasangan itu sudah rujuk kembali.

Dah lama berbaik

Menurut Bella, dia hanya ingin menghormati kedua-dua belah keluarga memandangkan situasi kris1s penul4ran wab4k COVlD-I9 yang sedang melanda.

” Dah lama berbaik. Saya hormati kedua-dua permintaan keluarga.

” Dalam masa tidak sesuai dengan keadaan sekarang, banyak benda penting nak uruskan dan fokus,” katanya.

Menerusi laporan mStar pada 17 April lalu, Bella memilih untuk tidak lagi berkongsi mengenai hal melibatkan kehidupan peribadinya kepada umum.

Kata Bella, dia tidak berniat untuk menipu namun hanya belajar daripada kesilapan lalu yang terlalu terbuka berkongsi semua perkara peribadi di laman sosial sehingga menyebabkan dirinya dikec4m.

Dah check, scan jantina ke Bella?

Dalam pada itu, Sharifah Shahirah dan Tyzo turut mengajukan soalan kepada Bella berkenaan dirinya kini sedang berbadan dua.

” Berapa bulan dah Bella? Ada yang kata begitu sebab nampak seri mengandvng dah ada.

” Kalau betul, seronoklah kami. Dah check, scan jantina ke?” seloroh Tyzo.

Bagaimanapun, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah hanya meluahkan rasa syukur dan mengharapkan semua orang mendoakannya.

Bella dan Aliff mempunyai seorang anak lelaki, Ayden.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata Mohamad Ayden Adrian yang kini berusia tiga tahun.

Pasangan ini mengambil keputusan untuk bercer4i pada 16 Mei tahun lalu selepas Aliff beberapa kali kantoi berlaku cvrang.

Untuk makluman, tempoh edah perlu dijalani seseorang wanita iaitu sebanyak tiga kali suci atau lebih kurang empat bulan selepas bercer4i.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Lamanhiburan

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Rupanya Dah Rujuk Semula. Bella Astillah Ditanya Macam Mana Kalau Aliff Buat Hal Lagi, Ini Jawapan Bella"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*