Terkejut Abu Syafiq Tiba-Tiba Ditudvh Mahu Jawatan Besar. Sekali Dia Jawab, Siap Tunjuk Bukti Lagi

Kisah melibatkan pendakwah bebas Ustaz Abu Syafiq nampaknya belum ada kesudahannya.

Bermula dengan satu posting atau komen di Facebook di mana beliau menegur pihak memuatnaik gambar golongan misk1in yang dibantu di media sosial sebagai har4m.

Sejak itu, Abu Syafiq teruk dikec4m, tak kurang yang melemparkan kata-kata kes4t.

Abu Syafiq juga telah tampil menjelaskan maksud posting beliau sebelum itu bukan ditujukan kepada Ustaz Ebit Lew, namun masih ramai tidak berpuas hati.

Akibatnya Facebook beliau telah digodam, hilang terus dari radar. Dia kemudian beralih kepada Instagram bagi berkongsi kisah tentang beliau.

Terbaru, entah apa silapnya dan apa lagi cerita yang timbul berkenaan Ustaz Abu Syafiq yang menyebabkan beliau menulis satu posting mengatakan dirinya difitn4h lagi.

Menurut Ustaz Abu Sayfiq, dirinya telah menjadi mangsa fitn4h individu yang mengaitkan dirinya mahu merebut jawatan besar.

Tidak dijumpai artikel dan siapa yang menudvh beliau begitu. Malah beliau juga tidak berkongsi lebih lanjut tentang perkara itu.

Berikut entri Ustaz Abu Syafiq;

Saya Tolak jawatan timbalan Mufti demi ibu

Ada orang mend4kwa kononnya saya mahukan jawatan besar kerana itu saya menampakkan kehebatan ilmu saya.

Subhanallah. Apakah tudvhan ini dibulan Ramadhan terutamanya dihalalkan ia diperlakukan keatas saya?! Saya bukan jenis giIa jawatan seperti yang difitn4h.

Untuk makluman saya pernah ditawarkan jawatan Timbalan Mufti namun seketika itu saya telah nekad pulang ke negeri asal saya untuk duduk berhampiran dengan ibu saya.

Selain itu saya mahu menyampaikan dakwah di halaman negeri asal saya di Pahang. Saya orang jati Pahang.

Lahir di Bandar Diraja Pekan. Dibesarkan di Pahang sebelum merantau keluar negara menimba ilmu kemudian berada di beberapa negeri lain tanah air sebelum pulang semula ke Pahang.

Ya Allah…fitn4h yang melanda saya ini saya hanya harapkan agar wujud kebaikan buat Ahli Sunnah Wal Jamaah Al-Asya’irah Al-Maturidiyah kerana itu perjuangan saya selain menolak ajaran Syiah, Wahhabi dan selainnya.

 

Mahu bantu Rohingya

Sementara itu dalam posting berasingan, Abu Syafiq hari ini tampil menawarkan bantuan secara terbuka untuk membantu Rohingya, tapi ada syarat yang mesti dipenuhi. Berikut tulisan beliau;

BAGI ROHINGYA PADA SAYA BANTU

” Selain saya membantu rakyat Malaysia yang susah kali ini saya mahu bantu semua muslim Rohingya di tanah air mengikut kemampuan saya terutama orang muda yang kelak dapat pula membantu rakan mereka dan keluarga.

Muslim Rohingya boleh terus call atau WhatsApp saya +60192713781 atau lebih mudah send mesej di Instagram saya

www.instagram.com/ustazabusyafiq

Jangan bimbang saya sedia membantu selain saya juga bantu orang Msia yang memerlukan.

Tapi utk muslim Rohingya yang baik2 sahaja ye. Kerana saya tidak mahu masaalah pada masa mendatang” – tulis Ustaz Abu Syafiq di akaun IG beliau

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: LamanHiburan

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Terkejut Abu Syafiq Tiba-Tiba Ditudvh Mahu Jawatan Besar. Sekali Dia Jawab, Siap Tunjuk Bukti Lagi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*