Cinta hingga nafas akhir! Anak sedar sesuatu selepas lihat bapa teresak, tak lepas pelvk ker4nda ibu – “Mereka lupa suami yang bersamanya lebih 35 tahun”

RAMADAN kali ini cukup pilu buat 11 beradik apabila disambut tanpa ibu tersayang yang meningg4l dunia pada 18 Mac lalu.

Lebih sebulan pemerg1an Nasibah Abas, 56, ketiadaannya amat dirasai anak-anak dan juga suami, Mohamad Rozi, 60, lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ini.

Menurut NurHafizah Mohamad Rozi, setiap kali Ramadan ibunya pasti menyediakan hidangan daging masak hitam dan laksa kegemaran mereka adik-beradik.

Namun katanya, semua itu hanya tinggal kenangan kali ini.

“Mak selalu tanya kami adik-beradik nak makan apa sebab dia akan masakkan untuk kami.

Gambar kenangan NurHafizah bersama ayah dan arwh ibunya.

“Selalunya untuk menu berbuka puasa dia akan masak daging masak hitam dan juga laksa.

“Tapi kali ini sedih sangat sebab tak dapat rasa air tangan mak lagi. Ramadan kali ni memang rasa kosong sangat-sangat, ” katanya kepada mStar.

Terdahulu NurHafizah berkongsi kisah pemergian ibunya sehingga mendapat perhatian netizen.

Posting gadis berusia 24 tahun itu turut mengundang sebak netizen dan mendapat 15,000 perkongsian di Facebook.

Katanya, dia membuat posting tersebut kerana mengagumi cinta abadi bapanya terhadap ibunya sehingga wanita itu menutup mata buat selama-lamanya.

“Sebenarnya saya kagum dengan cara layanan ayah pada mak dari mak sihat sampai sakit. Cinta ayah tak pernah berubah.

Mohamad Rozi semasa di pusara isterinya.

“Walaupun kaki kanan mak dah kena pot0ng sebab kenc1ng manis, ayah tetap sayang, jaga mak dan tak peduli apa orang kata.

“Tiap kali sebelum pergi kerja ayah tanya mak nak makan apa, civm pipi mak. Mak sampai malu-malu dah. Tapi ayah tak peduli sebab itu cara dia tunjukkan kasih sayang pada mak, ” katanya.

Walaupun bapanya bertugas sebagai anggota polis di Kelantan, NurHafizah berkata bapanya tetap menguruskan ibunya ketika tidak bekerja.

 

Ayah bacakan Yassin, dia ajar mak mengucap, dia pegang tangan mak sampai akhir hayat. Masa dalam van jen4zah pun ayah pelvk je ker4nda mak tak lepas sambil bacakan Yassin.

NURHAFIZAH MOHAMAD ROZI.

Anak.

“Walaupun sesibuk mana ayah bekerja kalau ada masa ayah akan uruskan mak. Makan pakai mak ayah siapkan macam mana mak jaga ayah selama ni.

“Ayah jaga mak masa mak sak1t. Alhamdulillah permintaan mak nak dikebumikan di kampung kami di Bukit Gantang Taiping, Perak juga dimakbulkan.

“Memang niat mak dikebum1kan di sana kerana mak pernah cakap ‘nanti senang anak-anak dan ayah nak jenguk kat sana, ” katanya.

Mohamad Rozi menjaga isterinya sehingga saat dia menghembvskan naf4s terakh1r.

Jelas NurHafizah, ibunya meningg4l dunia akibat penyak1t kenc1ng manis selain kegag4lan pada jantvng dan buah pinggang.

Mengimbau detik pemergian ibunya, NurHafizah berkata pliu hatinya apabila buat pertama kalinya melihat bapanya menangis teresak-esak saat ibunya menghembvskan naf4s terakh1r.

“Mungkin orang lihat saya orang pertama yang sedih bila mak dah tak ada, tapi mereka lupa suami yang bersamanya lebih 35 tahun sudah dan senang membesarkan 11 orang anak.

“Saya tak pernah melihat ayah menangis tapi hari tu pertama kali dalam hidup saya melhat ayah menangis teresak-esak kerana mak.

“Ayah bacakan Yassin, dia ajar mak mengucap, dia pegang tangan mak sampai akhir hayat. Masa dalam van jenazah pun ayah peluk je keranda mak tak lepas sambil bacakan Yassin, ” katanya.

Malah pesanan bapanya kepada mereka adik-beradik selepas selesai pengebum1an ibunya benar-benar meruntun hati NurHafizah.

Hubungan Mohamad Rozi dengan isterinya begitu rapat, mereka sering mengus1k antara satu sama lain.

“Ayah cakap nanti bila dia dah tak ada kebum1kan jen4zahnya di sebelah mak. Ayah nak duduk dekat mak.

“Sungguh kasih seorang suami pada isteri, dari isteri dia sihat sampailah isteri dia dah tak ada tetap dia sayang.

“Semoga syurga menyatukan mereka kembali. Amin, ” katanya.

Malah NurHafizah berkata dia sering teringat pesanan ibunya sebelum menghembuskan nafas terakhir.

“Mak pesan bila sayangkan seseorang sayangilah dengan sepenuh hati. Terimalah sedikit keburvkan dia kerana seribu kebaikan yang pernah dia lakukan.

“Mak juga selalu ingatkan jangan tinggal solat, jangan tinggal al-Quran sebab itulah bekalan di akhir4t nanti. Dia juga pesan baca Quran sebab kalau kami tak baca siapa nak doakan dia di sana nanti, ” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MSTAR

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Cinta hingga nafas akhir! Anak sedar sesuatu selepas lihat bapa teresak, tak lepas pelvk ker4nda ibu – “Mereka lupa suami yang bersamanya lebih 35 tahun”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*