Hangat diperkatakan mengenai Ustaz Abu Syafiq, nampaknya muncul pula kontrov3rsi baru diantara pendakwah bebas itu dengan penceramah bebas dan personaliti TV, Amin Idris sehingga did4kwa k3s itu bakal dibawa ke mahkamah.Tidak cukup dengan itu, Abu Syafiq juga ada mengungkit kisah lama dengan bekas perdana menteri Najib Razak selepas Najib memuat naik satu video lama Abu Syafiq menyindir dia mengenai slogan ‘Malu Bossku’.
Hari ini, Abu Syafiq ungkit pula kisah dengan Mufti Perlis Dr Asri selepas Dr Asri mengegur mengenai keikhlasan. Berikut tulisan Abu Syafiq
FROM UAS TO DRMAZA.
1- Pertamanya saya ucapkan terima kasih kepada DRMAZA kerana membicarakan perihal diri saya apabila dikaitkan secara salah dengan seorang Pendakwah Tanah Air.
Cuma saya agak terkilan apabila banyak perkara yang DRMAZA kaitkan saya dengannya adalah tidak tepat. Mohon sangat diperbetulkan.
2- Saya tidak pernah mengatakan pendakwah tersebut sebagai riak dalam program dermanya atau mempertikaikan keikhlasan dia.
Apa hak saya untuk pertikaikan keikhlasan orang lain. Namun saya akui sentiasa ingatkan diri saya dan semua orang agar terus jaga keikhlasan itu kekal dalam sepanjang program membantu orang ramai. Tidak salah saya ingatkan diri saya dan semua yang laksanakan program amal untuk terus kekal dalam keikhlasan kerana ia amalan para sahabat Baginda Nabi sering ingatkan tentang keikhlasan. Itu pun saya tidak tuju kepada sesiapa akan tetapi kepada diri saya dan umum.
3- DrMAZA mend4kwa saya menghvkum pendakwah tersebut sebagai KAF1R. Inna Lillah Wainna Ilahi Roji’un. Dakw4an ini langsung tidak benar wahai DrMaza. Wallahi. Demi Allah, saya masih lagi waras berpegang dengan susunan Imam At Tohawi bahawa Kita Tidak Mengkaf1irkan Ahli Qiblat.
Ya saya dengan DrMaza ada perbezaan dari beberapa segi dan beberapa perkara berkaitan pemikiran, namun kita sepakat untuk tidak memfitn4h sesama kita. Apa yang kita dah belajar selama pertelingk4han selama ini sepatutnya DrMaza sudah lebih bijak menilai. Bukan menudvh saya mengkaf1rkan pendakwah tersebut dan orang-orang lain. Ini adalah tudvhan yang berat keatas saya. Saya mohon DrMaza perbetulkan tudvhan keatas saya itu.
Terakhir, saya minta juga agar DrMaza tidak lupa menasihatkan rakan-rakan DrMaza dari fahaman Wahhabi yang Ekstr1m yang jenis menghvkum se3sat seluruh kumpulan Tabligh bahkan ada daripada kumpulan Wahhabi yang terus terang menghvkum KAF1R keatas Jemaah Tabligh. Betul kan?!! Tolong jangan sembunyikan fakta ini plz.
Mufti Perlis sebelum ini tampil menjelaskan keikhlasan seseorang itu bergantung pada niat dan hanya Allah yang Maha Mengetahui. Apa yang pasti, apabila ada pemberian atau sumbangan, ada pihak yang mendapat manfaat dan seterusnya dapat mengurangkan b3ban mereka. Menurut Dr Asri lagi, dengan ada pihak yang tampil membantu, paling tidak b3banan fardhu kifayah dapat dikurangkan. Kepada pihak yang mahu tegur soal keikhlasan ini pesanan padu Dr Asri
Siapa Ikhlas, Siapa Riyak?
Hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui mengapa seseorang mempertontonkan sedekahnya. Jika dia ikhlas, dia mendapat pahala. Jika dia riyak, dia mendapat dosa dan tiada pahala. Namun, sama ada dia ikhlas atau dia riyak, orang yang memerlukan akan mendapat sesuatu pemberian daripadanya. Apabila yang kesusahan mendapat keperluan, bebanan fardhu kifayah kita menjadi kurang. Maka, bukan masalah kita jika seseorang itu ikhlas atau riy4k dalam pemberian peribadinya. Serahkan urusan itu kepada ALLAH. Ia bukan urusan kita. Ia urusan seseorang dengan tuhannya.
Jika kita ingin memberikan peringatan, berilah peringatan umum tentang bab ikhlas dalam amalan. Itu untuk ingatan semua tanpa perlu menilai manakah individu yang ikhlas atau yang riyak. Hal sanubari insan penuh keajaiban. Ia rahsia insan dengan Tuhan.
‘Ebit Lew jangan simpan dalam hati’
Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew dinasihat supaya tidak menganggap ujian yang menimpanya ketika ini sebagai faktor untuk tidak lagi meneruskan kerja kebajikan.
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata Ebit Lew tidak perlu menyimpan segala krit1kan dan tohm4han pihak tertentu di dalam hati sehingga boleh menjejaskan usaha yang dilakukannya selama ini.
“Ebit Lew tidak perlu nak simpan dalam hati sangat benda yang macam itu (tohmahan pihak tertentu).
“Jika dia ikhlas membantu orang, pasti tidak ada masalah (yang timbul) dan jangan disimpan kerana di dalam dunia ketika ini memang sudah lumrahnya macam itu.
“Sudah lumrah apabila manusia melihat seseorang itu melakukan perkara yang baik, pasti mereka akan memberikan pandangan atau kritikan. Malah penyanyi yang tugasnya menghiburkan orang pun tidak terlepas dari dikritik,” katanya dalam kuliah yang dirakam secara langsung di Facebook hari ini.
Semalam, Ebit Lew melalui hantaran di Facebook membuat keputusan untuk tidak lagi membantu secara langsung golongan yang kurang berkemampuan selepas beliau dipanggil memberi keterangan kepada polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur.
Mengulas mengenai tindakan pihak tertentu yang mempersoalkan keikhlasan Ebit Lew, Mohd Asri berkata sebagai manusia biasa, ia bukanlah satu urusan yang perlu dicampuri kerana ia membabitkan amalan atau niat individu dengan tuhannya.
“Orang memberi sedekah, bukan urusan kita untuk mengetahui sama ada pemberi itu ikhlas atau tidak kerana itu antara dia dan Allah.
“Ikhlas ini rahsia, jika seseorang itu ikhlas (melakukan kebajikan) dia memperoleh pahala dan jika sebaliknya dia tidak dapat pahala tetapi dapat dosa. Cumanya orang yang menerima bantuan itu dapatlah barangan keperluannya yang diberi,” katanya.
Mohd Asri berkata, beliau yakin Ebit Lew adalah individu yang bertanggungjawab dan ikhlas dalam melakukan amal kebajikan.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: MB
Be the first to comment on "Disebabkan Kerana teguran Mufti Perlis Ini, Abu Syafiq Mula Sindir Dr Asri Pula"