Kali pertama beraksi di pentas Istana Budaya bagi menggantikan tempat Allahy4rham Abam Bocey untuk teater Korupsi Dewan Semandung, pelawak, Man Raja Lawak mengakui kece3wa dengan situasi yang menimpa barisan pelakon dan kru produksi.
Ia berikutan kegagalan pihak produksi Ogy Ventures & Network milik pelakon terkenal Fauziah Ahmad Daud untuk melunaskan baki bayaran semua yang terbabit dalam teater komedi ser4m itu yang dipentaskan di Istana Budaya pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu.
Man ketika dihubungi berkata, sehingga kini dia baru menerima bayaran 20 peratus dan bakinya masih belum dilunaskan Fauziah atau mesra disapa Ogy.
“Dua minggu sebelum pementasan teater saya dan barisan pelakon sudah berkampung di Istana Budaya untuk sesi latihan. Setiap hari kami akan berkumpul dari jam 9 pagi sehingga 12 tengah malam. Malah banyak tawaran terpaksa ditolak bagi memberikan sepenuh komitmen dan disiplin pementasan teater ini.
“Ketika menerima tawaran ini saya begitu gembira kerana pengarah dan barisan pelakon teater ini adalah rakan saya. Tambahan pula, ini adalah peluang keemasan beraksi di pentas Istana Budaya buat kali pertama.
“Walaupun pada hari terakhir kami bercadang untuk tidak meneruskan pementasan, tapi mengenangkan orang yang sudah membeli tiket dan mahu menjaga air muka Ogy, kami bersepakat untuk teruskan juga kerana pihaknya berjanji akan melunaskan baki bayaran pada 16 Mac,” katanya kepada Harian Metro.
Man berkata, janji yang diberikan hanya tinggal janji selepas hampir dua bulan menunggu bayaran penuh.
“Kini, semuanya hanya tinggal janji. Hari demi hari kami menunggu dan hampir dua bulan kami menanti duit kami sehingga semua pelakon termasuk kru terpaksa mengemis dan meminta-minta.
“Ogy juga mendakwa akan membayarnya pada hujung April namun tiba-tiba hilang daripada radar kumpulan WhatsApp kami. Sebelum itu, saya difahamkan dia ada menghubungi beberapa pelakon yang lantang bersuara secara senyap dan memberikan sejumlah duit daripada baki bayaran bagi ‘menutup mulut’ supaya perkara ini tidak menjadi kecoh,” katanya.
Menurut Man, memandangkan kawasan perumahannya kini diisytiharkan sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), dia tidak dapat untuk membuat lap0ran polis berhubung perkara itu.
“Kawasan rumah saya di Pasar Borong Selayang sedang PKPD, jadi kawalan sangat ketat. Kalau nak keluar pun perlu mendapat kebenaran askar untuk membuka pintu.
“Mungkin selepas PKPD baru saya akan membuat lap0ran polis seperti yang dilakukan beberapa pelakon.
“Apapun saya masih akan menunggu baki bayaran kerana segala titik peluh dan kepenatan kami ada harganya dan bukan untuk diberi percuma.
“Lagipun saya bukan ahli perniagaan yang ada duit yang banyak. Saya pun menunggu tawaran untuk teruskan hidup,” katanya.
Terdahulu Harian Metro melaporkan bekas peserta Raja Lawak musim pertama, Che Mat membuat lap0ran di Balai Polis Bandar Tun Hussein Onn Cheras, semalam bagi menuntut baki bayaran daripada penerbit Fauziah Ahmad Daud.
Enggan membiarkan isu itu terus panas dalam kalangan netizen dan penggiat seni Ogy tampil mengakui sedang berusaha
untuk melunaskan baki bayaran kepada barisan pelakon dan kru produksi teater itu.
“Saya rasa seperti dianiiaya!” – Syura Badron mula bersuara isu bayaran dari Ogy
PENYANYI Syura Badron mengakui perkongsian mengenai doa orang diani1aya yang dimuat naik di Instagramnya mempunyai kaitan dengan isu tidak menerima tunggakan bayaran daripada penerbit teater Korvpsi Dewan Semandung.
Menurut Syura atau Zuraidah Badron, 34, tujuan dia berkongsi perkara itu bukan kerana ingin membuka ai1b mana-mana pihak namun hanya menuntut haknya dan rakan-rakan selebriti serta kru yang terlibat dalam pementasan tersebut.
“Saya memang terasa diani1aya dan itu yang saya rasa sebagai seorang artis yang sudah menjayakan teater itu seperti yang diminta. Walaupun saya terlibat pada saat akhir tapi saya sudah jalankan tanggungjawab.
Syura memuat naik doa orang diani1aya di Instagram.
“Mungkin ada pelakon dan kru yang sudah menerima 30 peratus tapi sehingga kini saya hanya dapat 6 peratus dan ada yang masih belum menerima apa-apa pembayaran yang mana mengikut perjanjian kontrak, bayaran 60 peratus patutnya sudah diterima satu hari sebelum persembahan berlansung.
“Pada mulanya saya dan beberapa rakan artis yang terlibat tidak mahu hebohkan perkara ini atau membuka ai1b memandangkan nama kak Ogy sangat besar dalam industri malah dia juga seorang yang disegani dalam dunia lakonan.
“Tapi sudah hampir dua bulan kami tidak menerima bayaran penuh yang sepatutnya dalam perjanjian kontrak perlu diberikan pada 16 Mac lalu. Jadi, apa yang saya dan rakan lain buat untuk tuntut hak kami sahaja,” katanya kepada mStar.
Atas dasar hormat dan percaya, saya pada mulanya tak kisah teruskan lakukan persembahan pementasan itu tanpa diberi bayaran seperti yang dijanjikan.
SYURA BADRON
PENYANYI DAN PELAKON
Menerusi laporan mStar pada Jumaat, penulis skrip teater itu iaitu Aloy Paradoks mendedahkan dia masih belum menerima baki tunggakan bayaran daripada penerbit Fauziah Ahmad Daud atau Ogy.
Enggan membiarkan isu itu terus menjadi polemik dalam kalangan netizen dan penggiat seni, Ogy tampil mengakui kebenaran mengenai rungutan yang disuarakan Aloy.
Ogy menjelaskan dia berhadapan dengan masalah kewangan menyebabkan sehingga kini tidak dapat memberi bayaran seperti yang dijanjikan kepada pelakon dan kru terlibat dalam pementasan tersebut.
Dalam pada itu, Syura meluahkan rasa terkilan dengan sikap Ogy yang dilihat berdiam diri selepas didesak untuk bayaran tersebut pada Khamis.
Dedah Syura, ada beberapa rakan selebriti yang sudah membuat lap0ran polis berhubung isu tersebut dan dia juga akan turut mengambil langkah yang sama.
Barisan pelakon dan pengarah teater tersebut.
“Atas dasar hormat dan percaya, saya pada mulanya tak kisah teruskan lakukan persembahan pementasan itu tanpa diberi bayaran seperti yang dijanjikan. Tapi tak sangka pula akhirnya boleh jadi begini.
“Tapi saya kecewa sebab kak Ogy hanya berdiam diri tanpa memberitahu apa-apa selepas kami mendesaknya untuk melunaskan bayaran tersebut sejak Khamis sehingga sekarang.
“Saya difahamkan ada beberapa rakan artis yang sudah membuat lap0ran polis dan Insya-Allah saya juga akan melakukan perkara yang sama dalam masa terdekat. Harapan saya, isu ini boleh diselesaikan cepat,”ujarnya.
Ogy Ahmad Daud mengaku tak ada duit langsai hut4ng, “Ramai kecewa dengan sikap Ogy..”
RUMAH dah siap, pahat pula berbunyi! Itulah situasi yang terjadi kepada penulis skrip teater komedi Korupsi Dewan Semandung, Aloy Paradoks apabila mendedahkan dia masih belum menerima baki tunggakan bayaran daripada penerbit, Fauziah Ahmad Daud.
Dakwa Aloy di Facebook, dia kesal apabila Fauziah atau Ogy dilihat berdolak-dalik mengenai perkara berkenaan sungguhpun teater itu selesai dipentaskan pada awal Mac lalu.
Enggan membiarkan isu ini terus menjadi polemik dalam kalangan netizen dan penggiat seni, Ogy tampil mengakui kebenaran mengenai rungutan yang disuarakan ALoy.
Tegas Ogy, yang terkenal dengan watak Asmidar menerusi filem Ali Setan itu, dia sedang berusaha menyelesaikan masalah berkenaan.
“Dalam hal ini, saya mengaku masih belum menjelaskan bayaran semua orang kerana diuji dengan beberapa perkara kebelakangan ini termasuk wab4k Cov1id-19 yang melanda negara kita.
“Selaku penerbit, saya sedang berusaha untuk selesaikan semua bayaran baki tertunggak… cuma sekarang usaha itu masih belum menyebelahi saya,” katanya kepada mStar.
Sebelum itu, Aloy menerusi Facebook berkongsi paparan skrin perbualan Whatsapp dan meluahkan perasaan kecewa kerana belum menerima bayaran daripada sebuah produksi.
Pengikut Facebook mStar menghantar paparan skrin luahan yang ditulis oleh Aloy Paradoks di laman tersebut.
Meskipun tanpa menyebut kepada siapa mesej itu ditujukan, namun ada yang meneka individu yang dimaksudkan itu ialah Ogy Ahmad Daud.
Mengulas lanjut mengenai bayaran tersebut, Ogy berkata dia sudah membayar sebanyak 30 peratus bayaran kepada penulis skrip teater berkenaan iaitu Aloy dan Rayza Mukmin.
Saya tak boleh halang dan tiada hak untuk menutup mulut sesiapa… apa yang boleh saya komen sekarang ialah saya sedang berusaha untuk selesaikan isu ini
OGY AHMAD DAUD
PENERBIT DAN PELAKON
“Ini saya kena beritahu… bukan saya tak bayar langsung ya! Saya dah beri 30 peratus dan baki masih belum dilunaskan lagi kerana beberapa masalah yang tak dapat dielakkan.
“Saya tak pernah anggap mereka macam peminta sedekah kerana apabila sebut hut4ng semestinya wajib dibayar! Saya sedar mengenai hal itu.
“Percayalah… sekarang ini saya sedang berusaha dan masih belum putus asa mencari sumber kewangan untuk selesaikan pembayaran. Saya yakin dan percaya Allah akan membantu,” ujarnya.
Barisan pelakon dan produksi teater Korupsi Dewan Semandung.
Dalam pada itu, pelakon Ogy berkata dia belum bertemu dengan Aloy bagi membincangkan isu ini dan tiada hak untuk menghalang mana-mana pihak menulis luahan di laman sosial.
“Tiada sebarang perjumpaan lagi… tapi kami semua ada berhubung dalam group Whatsapp. Saya pun dah boleh agak jika mereka akan menggunakan media sosial bagi meluahkan mengenai perkara ini.
“Saya tak boleh halang dan tiada hak untuk menutup mulut sesiapa… apa yang saya boleh komen sekarang ialah saya sedang berusaha untuk selesaikan isu ini,” ujarnya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : HM via Media Viral
Be the first to comment on "‘Terpaksa mengem1s dan meminta-minta’ – Man Raja Lawak bidas kenyataan Ogy?"