PENYANYI dan pelakon Mark Adam, 40, mendedahkan dia pernah bolos puasa Ramadan selama beberapa tahun selepas memelvk agama Islam pada 2002, kerana tidak tahan dahaga.
Mark atau Fikri Mark Adam Abdullah dihubungi berkata dia tidak mampu menghabiskan puasanya ketika itu hanya kerana kesukaran menahan dahaga berbanding lapar makanan.
“Saya peluk Islam pada umur 22 tahun dan ketika dalam agama lama pun, saya sebenarnya tak pernah puasa. Jadi, bila wajib puasa Ramadan sebagai seorang Islam, ia amalan baru buat saya.
“Memang sukar pada mulanya kerana cabaran besar saya adalah menahan dahaga. Rasa lapar itu boleh tahan lagi, kerana saya biasa makan dua kali dalam sehari,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Mark, dia akur perlu ambil masa agak lama hingga beberapa tahun untuk belajar puasa dan betul- betul berjaya menahan dirinya daripada dahaga dan lapar.
“Saya tahu ada orang, sebelum peluk Islam sudah cuba berpuasa dahulu untuk belajar dan membiasakan diri. Tapi, saya memang tak pernah langsung berpuasa.
“Mujur isteri saya, Norazah Redzuan dan keluarganya boleh faham dan terima keadaan saya ketika itu. Mereka tidak pernah paksa tetapi sentiasa beri semangat untuk saya berpuasa penuh.
“Melalui pengalaman itu, apa yang saya belajar ialah nak puasa kena sahur. Amalan makan sahur itu jangan sesekali ponteng. Selain itu, hati kena sentiasa nekad untuk boleh menghabiskan puasa,” katanya.
Menurut Mark, dia juga akan kerap mandi untuk tahan dahaga sepanjang berpuasa. Katanya hanya mandi sahaja akan membuatkan dia selesa kerana badan kembali segar.
Mengulas juga juadah berbuka, Mark berkata dia tidak cerewet soal makanan. Ujarnya, apa yang dimasak oleh isteri, itulah akan dimakan dan semuanya sedap.
Mark yang popular dengan lagu Marry Me berkata dia yang tidak tahu memasak, biasanya akan membantu isteri melakukan kerja dapur seperti membasuh pinggan dan mengemas.
Gambar sekadar hiasan
Sumber Hmetro
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: HMT
Be the first to comment on "Mark Adam cerita bila dia tak puasa, rupa-rupanya ini yang menjadi punca"