Ditegvr PU Syed, Kekasih Zarina Anjoulie Dedah Bukti Sebenar!

Semalam, Pencetus Ummah (PU) Syed sekali lagi telah memberi tegvran secara terbuka buat pelakon Zarina Anjoulie dan kekasihnya gara-gara sering kali berkongsi posting mesra hubungan mereka untuk tatapan umum.

PU Syed Persoal Niat Anju

Dalam posting PU Syed, dia telah berpesan kepada pasangan ini untuk tidak melanggar batas-batas yang dil4rang dalam agama Islam selain mempersoalkan tujuan Zarina atau juga mesra disapa sebagai Anju memuatnaik video berkenaan.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian Anju membalas dakw4an berkenaan yang meminta orang ramai untuk mengikuti penjelasan sebenar menerusi akaun Instagram teman lelakinya yang dikenali sebagai Eilyas Azhar.

Kekasih Anju Dedah Bukti 

Jelas Eilyas, dia enggan orang ramai terus memberi tanggapan negatif kepada mereka, justeru itu dia mengharapkan agar PU Syed dapat membantunya memberi penjelasan mengenai urusan pernikahan ketika Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) yang dilaksanakan sehingga ke hari ini.

Tidak lama kemudian, PU Syed telah memadam posting tersebut serta meminta Eilyas merujuk urusan berkenaan kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Difahamkan, kekasih kepada Anju ini turut meminta panduan daripada beberapa pendakwah terkenal seperti PU Azman dan PU Amin.

Kecewa Dengan Sikap PU Syed 

Biarpun begitu, Eilyas berasa kecewa kerana PU Syed sekali lagi memuatnaik posting yang menegur mereka secara terbuka kononnya pasangan ini sekali lagi memuat naik video-video yang mengaibkan. Dedah Eilyas, jika sebelum ini dia menghormati PU Syed namun kerana posting tersebut dia kini berasa sebaliknya.

Tambahnya lagi, sekiranya PU Syed ingin memberi teguran kepada mereka, pendakwah tersebut boleh menghubunginya secara peribadi dan bukanlah mendedahkannya kepada umum.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Murai.my

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Ditegvr PU Syed, Kekasih Zarina Anjoulie Dedah Bukti Sebenar!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*