Selepas 4 Bulan Berasingan Dengan Isteri Ini Keputusan Aliff Syukri Yang Mengejuutkan Ramai

Usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri memberi bayangan hubungan rumah tangganya dengan isteri Datin Seri Nur Shahidah.

Menurut Aliff, selama empat bulan berjauhan dengan isteri dan anak-anak membuatkan dia mula menyedari kekurangan diri dan memilih untuk kembali semula bersama keluarga.

“Rindu sangat nak peluk anak saya Raudah… lama saya menyepi, bukan merajuk cuma muhasabah diri untuk menjadi manusia yang soleh, menghargai, matang, dan apa yang saya perlukan dalam hidup.

“Empat bulan berjauhan dari anak di sisi kosong sebenarnya hidup saya dan saya buang ego kembali ke pangkuan keluarga.

“Doakan saya dan keluarga dapat bahagia semula. I’m back!,” katanya menerusi Instagram.

Aliff Syukri berkongsi mengenai hal rumah tangga dan keluarganya di Instagram

Sementara itu, penyanyi lagu Cuba Bahagia ini berkata isu rumah tangga yang berlaku sebelum ini bukanlah gimik yang sengaja dicipta.

Ujarnya, sudah menjadi asam garam dalam sesebuah perhubungan pasti adanya ujian dan cabaran.

“Apa yang berlaku bukan gimik untuk meraih publisiti tapi saya seperti orang biasa yang ada pasang surut dalam rumahtangga.

“Jujurnya bukan satu benda yang senang untuk saya lalui tetapi syukur Alhamdulillah Allah, keluarga adalah keutamaan dan saya ingin menjadi seorang Alif Syukri yang baru yang lebih matang dan menghargai semua orang terutamanya isteri, famili, mak saya serta keluarga.

Aliff sedar isteri dan keluarga penting dalam hidupnya.

“Saya sedar keluarga adalah segalanya dan Ramadan ini memberi erti yang besar pada saya,” katanya.

Awal Mac lalu, pergol4kan Aliff Syukri dan isteri Nur Shahida menjadi perbualan hang4t netizen lebih-lebih lagi apabila mereka dikatakan saling tidak mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Lebih menguatkan spekul4si apabila ibu Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim pula dilihat ‘unfollow’ menantunya seakan-akan memberi bayangan ada krisi1s dalam perhubungan mereka.

Dalam masa sama, Aliff turut mengakui hubungan rumah tangganya sedang berdepan pergol4kan apabila memuat naik surat permohonan cer4i di laman sosial baru-baru ini.

Bagaimanapun, dia tidak dapat mengulas mengenai perkara itu berikutan tuntutan cer4i berkenaan dibuat oleh isterinya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 Sumber: MSTAR

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Selepas 4 Bulan Berasingan Dengan Isteri Ini Keputusan Aliff Syukri Yang Mengejuutkan Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*