“Comelnya Nampak Baby Bump” – Keluar Beli Barang Keperluan, Ini Pesan Netizen Untuk Fazura

Pelakon jelita Nur Fazura menccri perhatian wargamaya apabila keluar buat pertama kalinya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk membeli barangan keperluan. 

Menerusi laman sosial Instagram, Fazura memuat naik foto tersebut untuk tatapan umum. 

“Chak! Ada ni, baru keluar rumah setelah sekian lama. Beli barang dapur kejap terus laju-laju nak balik rumah. 

“Masih tak berani dan tak mahu berada kat luar tu lama-lama. Berbuka apa kita hari ni?” tulis Fazura sebagai kapsyen. 

Menerusi foto tersebut, Fazura tampil ayu mengenakan tudung hitam dan tetap menjaga keselamatannya dengan memakai topeng muka. 

Hasil tinjauan Gempak di ruang komen, rata-rata rakan selebriti dan pegikut teruja melihat perut Fazura yang kini h4mil empat bulan. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalamualaikum. Cantik tak kaftan rekaan peribadi bonda @profmuhayaofficial untuk Faz? Faz dan Bonda sememangnya percaya pada kuasa yang ada pada kata-kata positif kerana setiap perkataan yang kita baca dan ungkapkan akan memberi impak kepada pemikiran serta perasaan kita. Kepentingan kata-kata yang baik boleh menentukan emosi kita yang menyumbang kepada keharmonian, kegembiraan, ketenangan, sifat bersyukur serta hati yang baik.. InsyaAllah. Terima kasih buat Bonda tersayang atas hadiah kaftan yang cukup istimewa ini. Sayang sangat pada Bonda. Faz juga ingin mengucapkan Terima kasih buat @tudungruffle kerana menghadiahkan Faz, tudung bawal yang bukan satu tapi 13 warna yang sangat cantik untuk Faz. Semoga dilimpah kurniakan lagi rezeki buat keluarga @tudungruffle . Bersempena sambutan bulan Ramadhan yang mulia lagi barakah ini.. saya, Nur Fazura ingin mengambil kesempatan ini dengan hati yang luhur ikhlas untuk memohon ampun dan maaf jika ada tersalah bahasa, perbuatan mahupun kesilapan yang disedari dan tidak disedari. Doa Faz semoga kita dapat menjalani ibadah puasa ini dengan sebaik-baiknya dan mendapat keredhaan Allah SWT.. Amin Allahuma Amin. Salam Ramadhan Al Mubarak. 🤲🏻💖✨

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

Malah, ramai yang meminta aktres itu untuk menjaga kesihatan dan keselamatan diri serta bayi di dalam kandungan. 

“Jangan keluar lama-lama mummy, stay safe ya,” pesan seorang wargamaya.

“Dah nampak baby bump! Semoga ibu dan baby sihat-sihat sahaja,” doa seorang wargamaya.

“Faz jangan angkat barang berat-berat ya. Take care,” tegur seorang wargamaya.

“Cantiknya ibu mengandung sorang ni. Makin berseri-seri. Jaga diri mommy dan daddy Fattah,” komen seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 200,000 tanda suka daripada warga Instagram. 

Pada April lalu, Fazura mengumumkan dirinya h4mil empat bulan setelah dua tahun melayari perkahwinan bersama suami aktor Fattah Amin.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 pada satu majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu kota. 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Comelnya Nampak Baby Bump” – Keluar Beli Barang Keperluan, Ini Pesan Netizen Untuk Fazura"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*