Tugas seorang ibu bukannya mudah, apatah lagi perlu membesarkan tiga anak-anak merupakan cabaran besar. Perkara itu diakui oleh isteri penyanyi Alif Satar iaitu Sha Dila Halid yang mengatakan dia pernah menangis kerana terlalu letiih.
Menurut Sha Dila mungkin ianya tugas mudah bagi sesetengah wanita untuk menguruskan anak-anak, namun tidak mudah baginya. Bagaimanapun, Sha Dila berkata bergelar seorang ibu merupakan perkara paling indah baginya.
“Tiga orang ini, saya harap mereka tahu sejauh mana sayang saya kepada mereka. Jadi seorang ibu adalah perkara yang paling terbaik pernah terjadi. Tapi saya tak boleh nafikan saya perlu berdepan dengan banyak cabaran.
“Tak senang nak jaga anak-anak. Mungkin mudah bagi sesetengah orang tapi saya akui bukan mudah untuk saya. Ada hari saya menangis sebaba sangat penat dari segi fizikal dan mental,” katanya.
Dalam pada itu, Sha Dila turut memuji ibu bapa yang berjaya mengharungi cabaran dalam tempoh sukar penularan wabak COVID-19. Ujarnya, ibu bapa sentiasa berdepan cabaran setiap hari namun berjaya hadapi segalanya.
Alif Satar dan Sha Dila mendirikan rumah tangga pada September 2014 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Alisha Anugerah,5, Ariana Mecca, 3, serta Muhammad Ali.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: ROTIKAY
Be the first to comment on "Isteri Alif Satar Akui Pernah Menangis, ‘Breakdown’ Disebabkan Hal Ini"