Untuk Melunaskan Hutang Yg Tertunggak, Ini Yg Dilakukan Oleh Ogy Ahmad Daud Yg Mengejuutkan Ramai

Jika sebelum ini, beberapa orang pelakon telah tampil memberitahu bahawa produksi Ogy Ventures & Network did4kwa gagal melunaskan baki bayaran pelakon teater Korupsi Dewan Semandung yang dipentaskan pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu. Malah, penerbit teater tersebut iaitu Fauziah Ahmad Daud didakwa menyekat panggilan telefon dan Whatsapp para pelakon.

Terbaru, demi melunaskan hutang yang tertungg4k, Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Kak Ogy telah menggunakan kemahiran memasak dan menjual produknya pada umum.

Menurut Ogy, dia akan melangsaikan kesemua bayaran pelakon dan kru teater berkenaan meskipun dia berada dalam keadaan penat sekalipun. Tambahnya, dia bukan seorang peni1pu.

 

Resipi pes kari ini saya dapat daripada arwah bapa, Allahyarham Datuk Ahmad Daud. Jadi, ini adalah resipi turun-temurun keluarga. Alhamdulillah, untuk hari pertama, semalam, saya menjual kira-kira 100 balang.

Pada masa yang sama, Ogy turut memaklumkan dia menerima pelbagai bantuan daripada ramai pihak dari segi tenaga tanpa berkira soal wang ringgit.

Saya dihubungi teman Facebook yang juga personaliti media sosial terkenal, Khairul Hakimin Muhammad. Khairul menyatakan hasrat membantu memasarkan produk saya melalui kempen yang diusahakannya tanpa mengambil komisen. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pengurus Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rozi yang sudi membantu mempromosikan pes kari air tangan saya.

Bagi urusan memasak, saya dibantu kakitangan yang juga ibu kepada bekas pelajar kelas lakonan saya. Alhamdulillah, saya percaya, jika kita lakukan sesuatu dengan ikhlas, Allah akan permudahkan jalan dengan menghantar orang-orang seperti ini untuk membantu saya.

Pelakon Ali Set4n ini juga berharap Allah akan mempermudahkan urusan kesemua insan yang menolongnya pada ketika ini.

Kempen Jualan Pes Kari Kak Ogy Ahmad Daud. Hanya RM28 tak termasuk kos pos, kita dapat bantu Kak Ogy untuk melunaskan semua kesuli1tan beliau yang berlaku akhir-akhir ini. Kak Ogy memasak setiap hari dan sehingga hari ini berusaha dari pagi hingga ke malam untuk menyelesaikan masalah tersebut. Oleh itu, kami tampil untuk bantu Kak Ogy menyelesaikan masalah tersebut. Kita dapat Pes Kari, Kak Ogy dapat hasil dan semua para pelakon Teater Korupsi Dewan Semandung dapat wangnya semula.

Pes kari ini homemade, air tangan Kak Ogy sendiri.  Sama-sama kita bantu Kak Ogy ya! Tempah di sini! Lekas! 1 balang satu rumah cukup untuk membantu beliau! Dah beli, klik #share ya! Semoga hari ini kita bantu beliau, lain hari mana tahu Allah hadirkan orang lain bantu kita pula.

Menerusi Facebook Khairul Hakimim, dia memuat naik satu posting berhubung produk perniagaan kak Ogy. Menurutnya, dengan bantuan yang dihulurkan, kak Ogy mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi olehnya. Tambahnya, Allah akan hadirkan orang lain pula suatu hari nanti apabila kita berada dalam kesusahan.

Sumber: Berita Harian & Khairul Hakimim

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: OHBULAN

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Untuk Melunaskan Hutang Yg Tertunggak, Ini Yg Dilakukan Oleh Ogy Ahmad Daud Yg Mengejuutkan Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*