Selepas Dakwa Masih MB Kedah, Mukhriz mengadap Sultan Kedah

Walaupun 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) telah menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mukhriz Mahathir masih menganggap beliau masih Menteri Besar Kedah yang sah.

Memetik laporan Sinar Harian, Mukhriz berkata, pengumuman yang dibuat pembangkang dalam sidang media kononnya kerajaan negeri Kedah di bawah Pakatan Harapan (PH) tumbang adalah tidak relevan kerana tidak mengikut Perlembagaan Undang-undang Tubuh Negeri Kedah.

“Mesyuarat Exco memutuskan, bagi memastikan menteri besar masih mempunyai sokongan majoriti atau tidak, kami syorkan kaedah itu dilakukan melalui persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN),” jelasnya.

Beliau menambah, syor tersebut perlu dipersembahkan kepada Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah untuk pertimbangan baginda.

Mukhriz menyatakan, kerajaan negeri Kedah masih berfungsi seperti biasa dan mesyuarat Exco boleh diadakan.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu juga meminta pembangkang membawa usul undi tidak percaya terhadapnya sekiranya mereka mahu mengambil alih kerajaan negeri.

“Tak semestinya tunggu sidang DUN akan datang, ia boleh dilakukan bila-bila masa dalam tempoh itu,” katanya.

Jika usul tersebut diperkenankan oleh Sultan Kedah untuk dibentangkan, semua ADUN akan diberi notis 14 hari untuk dipanggil bersidang.

Mukhriz mengadap Sultan Kedah

MENTERI Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir tiba bagi mengadap Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Wisma Darul Aman d Alor Setar pada 4 petang hari ini.

Terdahulu, seramai 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Harapan (PH) Kedah dilihat memasuki Wisma Darul Aman secara berperingkat mulai 2 petang.

Antara yang dilihat adalah Pengerusi PH Kedah yang juga Adun Gurun Datuk Johari Abdul dan Pengerusi DAP Kedah yang juga Adun Derga, Tan Kok Yew.

Majlis mengadap itu diadakan berikutan krisis politik negeri yang membabitkan kedudukan kerajaan negeri dan Mukhriz sebagai Menteri Besar.

Ia susulan PN Kedah mengumumkan pembentukan kerajaan negeri

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MB

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Selepas Dakwa Masih MB Kedah, Mukhriz mengadap Sultan Kedah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*