Akhirnya mengaku kalah, ini keputusan mengejut Mukhriz

ALOR SETAR: Mukhriz Mahathir hari ini mengumumkan pel3takan jawatan menteri besar Kedah ke-13, selepas Pakatan Harapan hilang sokongan majoriti.

Gabungan itu h1ilang sokongan majoriti selepas 6 Adunnya beralih menyokong pakatan yang dipimpin PAS awal minggu ini.

Ini kali ke-2 beliau meletakkan jawatan ketua kerajaan negeri itu, kali pertama pada Februari 2016 susulan perseli1sihan dengan perdana menteri ketika itu, Najib Razak.

Adun Jitra dari PPBM itu mengangkat sumpah menteri besar selepas Pakatan Harapan menang pada pilihan raya umum 2018.

Gabungan itu menang di Kedah dengan 19 kerusi berbanding 17 kerusi pembangkang. PAS mengetuai blok lawan dengan 15 kerusi, manakala Umno 2 kerusi.

Kerajaan baru sudah dijangka akan terbentuk selepas ketua pembangkang, Muhammad Sanusi Md Nor dari PAS, mengumumkan beliau peroleh sokongan 23 Adun, majoriti dalam kalangan 36 wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri untuk membentuk kerajaan Perikatan Nasional.

Beliau berkata wakil rakyat yang menyokong PN menandatangani akuan berkanun.

Adun Sidam, Robert Ling dan Adun Lunas, Azman Nasrudin baru-baru ini mengumumkan keluar PKR dan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong Perikatan Nasional.

Sanusi berkata PN juga mendapat sokongan 4 wakil rakyat PPBM, tanpa Mukhriz dan Adun Anak Bukit, Amiruddin Hamzah.

EXCO  Kedah dijangka letak jawatan 

SEMUA Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Kedah dijangka meletak jawatan, susulan peralihan kerajaan negeri yang dijangka berlaku esok.

EXCO Kerja Raya, Bekalan dan Sumber Air, Datuk Ir Zamri Yusof, berkata pihaknya akur dengan titah Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri ini.

Katanya, ia termasuk melepas jawatan EXCO susulan pelantikan Menteri Besar baharu menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Kami Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) sudah mengadap baginda semalam, jadi saya terima apa saja titah Tuanku esok.

“Cuma saya berpuas hati dan kebetulan minggu ini lengkap dua tahun saya dan rakan lain bertugas sebagai EXCO, saya sudah melakukan yang terbaik untuk rakyat, terutama dalam soal pengurusan bekalan air,” katanya.

Terdahulu, Zamri ditemui selepas Majlis Ganjaran Water Hero Challenge 2020 di Ibu Pejabat Syarikat Air Darul Aman (SADA) di Alor Setar, hari ini.

Zamri yang juga wakil PKR bagi ADUN Suka Menanti berkata, beliau akan hadir melaksanakan tugasnya di Wisma Darul Aman esok pagi, sehingga titah Tuanku dikeluarkan.

“Saya sudah bersama PKR selama 21 tahun dan pernah memegang pelbagai jawatan termasuk sebagai Pengerusi PKR negeri.

“Selepas ini saya akan terus bekerjasama bersama parti PH, iaitu DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH),” katanya.

Ditanya mengenai kerjasama bersama Mukhriz selepas ini, Zamri menjelaskan pihaknya sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan pemimpin berkenaan.

Selasa lalu, Perikatan Nasional (PN) Kedah mengumumkan pembentukan kerajaan negeri baharu selepas mendapat sokongan 23 ADUN, termasuk daripada BERSATU.

Berikutan itu, komposisi DUN Kedah menyaksikan perubahan apabila PAS kini menguasai 15 kerusi, manakala PKR (lima), AMANAH (empat), BERSATU-Tan Sri Muhyiddin Yassin (empat), BERSATU-Tun Dr Mahathir Mohamad (dua), UMNO (dua) dan Bebas (dua)

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MB

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Akhirnya mengaku kalah, ini keputusan mengejut Mukhriz"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*