Mukhriz jatuh mengejuut, Abu Syafiq tawar diri bertanding di parlimen Jerlun dan Langkawi

Suasana politik Kedah kembali hangat susulan Mukhriz Mahathir hilang kepercayaan menyaksikan kerajaan PH pimpinan anak bekas Perdana Menteri itu jatuh

Pelbagai pihak tampil memberi ulasan mengenai suasan politik Kedah termasuk pendakwah bebas Abu Syafiq

Menurut Abu Syafiq, dia sanggup menawarkan diri untuk bertanding di kawasan Jerlun dan Langkawi. Umum mengetahui kedua-dua kawasan parlimen tersebut merupakan kubu kuat Mukhriz dan bapanya Tun Mahathir

“Parlimen Jerlun dan Parlimen Langkawi dah boleh buat PRK dah. Sebab ramai dah tolak DAP. Insya Allah saya akan bertanding di kedua-dua kerusi tuh if ok.”

Jika semalam Abu Syafiq menegur Ds Najib untuk berhenti bermain politik dan lebih fokus kepada Ibadat pada 10 malam terakhir Ramadhan, nampaknya Abu Syafiq yang terlebih mengulas isu-isu politik walapun bukan bidang dia

Denggan menggunakan nama fb Rasyiq Alwi berikut komen Abu Syafiq

“Najib Razak sudah sudahlah berpolitik DS Najib yg kami sayangi. Jom kejar 10 akhir Ramadhan ni dgn ibadah dan sedekah. Di Pekan ramai yg memerlukan”


EXCO Kedah dijangka letak jawatan esok

SEMUA Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Kedah dijangka meletak jawatan, susulan peralihan kerajaan negeri yang dijangka berlaku esok.

EXCO Kerja Raya, Bekalan dan Sumber Air, Datuk Ir Zamri Yusof, berkata pihaknya akur dengan titah Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri ini.

Katanya, ia termasuk melepas jawatan EXCO susulan pelantikan Menteri Besar baharu menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Kami Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) sudah mengadap baginda semalam, jadi saya terima apa saja titah Tuanku esok.

“Cuma saya berpuas hati dan kebetulan minggu ini lengkap dua tahun saya dan rakan lain bertugas sebagai EXCO, saya sudah melakukan yang terbaik untuk rakyat, terutama dalam soal pengurusan bekalan air,” katanya.

Terdahulu, Zamri ditemui selepas Majlis Ganjaran Water Hero Challenge 2020 di Ibu Pejabat Syarikat Air Darul Aman (SADA) di Alor Setar, hari ini.

Zamri yang juga wakil PKR bagi ADUN Suka Menanti berkata, beliau akan hadir melaksanakan tugasnya di Wisma Darul Aman esok pagi, sehingga titah Tuanku dikeluarkan.

“Saya sudah bersama PKR selama 21 tahun dan pernah memegang pelbagai jawatan termasuk sebagai Pengerusi PKR negeri.

“Selepas ini saya akan terus bekerjasama bersama parti PH, iaitu DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH),” katanya.

Ditanya mengenai kerjasama bersama Mukhriz selepas ini, Zamri menjelaskan pihaknya sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan pemimpin berkenaan.

Selasa lalu, Perikatan Nasional (PN) Kedah mengumumkan pembentukan kerajaan negeri baharu selepas mendapat sokongan 23 ADUN, termasuk daripada BERSATU.

Berikutan itu, komposisi DUN Kedah menyaksikan perubahan apabila PAS kini menguasai 15 kerusi, manakala PKR (lima), AMANAH (empat), BERSATU-Tan Sri Muhyiddin Yassin (empat), BERSATU-Tun Dr Mahathir Mohamad (dua), UMNO (dua) dan Bebas (dua).

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: TRENDINGSANGAT

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Mukhriz jatuh mengejuut, Abu Syafiq tawar diri bertanding di parlimen Jerlun dan Langkawi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*