Mark Adam mengimbau memori iaitu ketika dirinya menyertai pertandingan nyanyian ketika berusia 12 tahun di Cebu, Filipina.
Tuah menyebelahi, dia turut bergelar juara dalam pertandingan yang disertai.
Menerusi Instagram, penyanyi dan guru vokal itu bercerita menerusi satu keping gambar lama yang dirakam paa tahun 1991.
ni umur saya 12 tahun selepas menjaji pemenang juara pertandingan menyanyi tv9 di Cebu filipina dan itu lah baju saya paling gempak masa tu.
“Dulu dulu pertandingan menyanyi tiada kategori semua Orang tua dan budak2 masuk sekali bertanding, tapi seorang kena menang 4 kali dalam sebulan supayah boleh masuk ke final, pertandingan berlansung 1 kali seminggu dan saya berjaya menang 5 kali dan berjaya masuk ke final,” tulisnya.
Mark pada masa sama turut mendedahkan hadiah yang diterimanya pada ketika itu berupa sebuah trofi dan wang ringgit.
“Hadiah Juara masa tu adalah trofy dan duit 2500 Peso kalau dalam duit Malaysia RM200, itu tahun 1991.
“Ayah tanya saya “awak nak buat apa dengan duit ni? saya tanya “mak nak apa?! mak mintak tv so esok kemudian ayah beli tv! Mak saya memang suka tv dari dulu sampai sekarang!
“Cita cita menjadi seorang penghibur! Alhamdulillah…,” jelasnya syukur.
Foto: Instagram Mark Adam
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: MH
Be the first to comment on "Pada Usia 12 Tahun Sudah Belikan Ibu TV, Mark Adam Dedah Kisah Hidup Di Filipina"